Saturday, 31 December 2011

One hour before 2012~

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!!








Wah,lagi satu jam je nak 2012!! Tak sangka! Pejam,celik,pejam,celik dah 2012! Hehehe,baki 1 jam 2011 ni korang buat apa?? Kalau Aina,sekarang tengah tengok MBC Gayo Daejun ^_^ tapi tersekat-sekat -,- macam masa dekat SBS tu..Masa Infinite dengan Teen Top,masa tu jugak la nak lagging nya teruk.Nampak muka pun tak! Last-last,tengok dekat Youtube je la..nasib baik ada orang upload kan! Kalau tak......entah la.Nak kata tak dapat hidup pun tak jugak...Ah,entah la..Ah,kalau dah masuk tahun baru,mesti ada azam baru kan?? Hehehe,kalau azam Aina la...

* Kurangkan masa dekat laptop..nanti kang buku nya ditinggalkan..
*Nak belajar betul-betul!! Mesti kalau bagi budak sekolah,azam setiap tahun mesti perkara ni yang je..belajar betul-betul.Ye la,siapa yang tak nak belajar betul-betul.
*Nak tanya cikgu,tanya je! Jangan tak faham,asyik diamkan diri je! Aina selalu macam tu..tak faham diam je.. nanti tak faham,Aina yang susah..

Lagi apa ya?? rasanya tu je kot..sikit nya..haha! Orang lain panjang berjela,Aina tiga je..Hahaha,tak dapat nak fikir lagi...otak dah penat jadi fikir benda tu je la..tapi banyak nya pasal belajar je..Hahaha,elok la tu! Okay la,nak sambung tengok MBC Gayo Daejun.. :P

Friday, 30 December 2011

KBS Gayo Daejun pulak!!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Daebak!! 99.9 in-sync! Lampu Myungsoo rosak.. :P


Semalam SBS,hari ni KBS esok MBC -,- Haha,biar la..Ah,tadi tengok KBS Gayo Daejun dengan satu family! kecuali Ayah sebab ada out-station..Gyaaah!! Masa opening stage,Infinite punya performance memang daebak! Baju berlampu-lampu! Wah,memang deabak la! Masa Infinite buat persembahan,semua diam,semua tengok Infinite! Kejap,dah lupa la lepas Infinite siapa yang buat persembahan -,- Ah,tak kisah la.. Ah,lepas tu masa B2ST buat persembahan,mula la rasa sedih.Sebab Kiki duduk dekat kerusi..rasa sedih sebab Kiki tak dapat satu pentas dengan B2ST..Dah tengok Infinite dengan B2ST,tengok Infinite BTS White Confession pulak! Haha,kelakar giler! Myungsoo back-kicking Sungyeol!! Lepas tu,Sungyeol ada cakap pasal Jiu tapi tak faham -,- Faham perkataan Jiu tu je..Gyaaah! Masa Woohyun cakap 'andwae,andwae' tu comel je! Myungsoo banyak senyum! Myungsoo main dengan camera! Sungjong dengan Sungyeol choding! Dah,dah stop spazz..nanti kalau spazz lagi sampai esok pun tak habis -,- Okay la,out nak tidur..Tak habis-habis dengan perkataan 'tidur' kalau nak out...Ppuingg,ppuingg!!

B2ST win song of the year! Infinite dapat tempat kedua! Dua-dua group bias!

Just another Random..

Asslamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Myungyeol >.<

Aaaah! Rambut dah kena potong!! Penat jaga rambut panjang-panjang..tak panjang mana pun..sampai dekat bahu je tapi Aina dah potong...sebab rimas -,- Haha,mungkin bagi korang rambut tu masih pendek tapi bagi Aina tu la yang panjang -,- Tak suka bela rambut panjang-panjang.Nanti kalau pakai tudung,tak selesa... Rambut pendek style macam Gain/Dasom! Haha! Nak jugak style macam dorang.. Ah,tak sangka pulak abang Aina pun gunting rambut hari ni! Tak sangka! Lepas dia balik dari kuliah je,rambut dia dah lain dah! Dah tak serabut dah! Dah jadi handsome dah!#tak pun.. Lepas dah gunting rambut,pergi singgah kedai buku sekejap.Masa nak pergi tu,Aina harap sangat ada epop bulan Jan punya sebab cari-cari tak ada.Pergi Sunway tak ada,pergi Jusco tak ada.Bila dah sampai tu,nampak epop bulan Jan punya! Uwaah! Aina pun cepat-cepat la ambil! Nasib baik sempat! Tinggal dua je! Cepat betul habis..

Dah sampai rumah,cepat-cepat bukak wrapper tu nak tengok calendar! Gyaaah! ada Infinite dengan Teen Top! Dah habis tengok tu,mak Aina pulak tengok.Macam biasa la,mesti nak tengok TVXQ -,- masa kemas bilik pagi tadi pun,sampul TVXQ tu pun Aina bagi mak Aina sebab dah tahu dia minat TVXQ..Lepas tu.....dah tak tahu nak cakap apa dah -,- Jadi,stop sini je la :P

Gyaah! Malam ni KBS Gayo Daejun pulak!!

Thursday, 29 December 2011

Gayo Daejun!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Aaaah,siapa tengok SBS Gayo Daejun tadi?? Hehehe,Aina tak ^_^ Bukan tak,tengok tapi dekat youtube.Streaming online tersekat-sekat -,- Bengang je.Dah la masa tu Teen Top dengan Infinite..Timing memang tepat betul..Performance yang Aina nak tengok sangat,masa tu la nak tersekatnya..Last-last,tutup terus.Malas nak tunggu :P Ah,Aina cuma tengok persembahan tertentu je dekat Youtube.Kalau tengok semua,sampai esok pun tak siap...Jadi,Aina cuma tengok persembahan ni

Infinite and MBLAQ dance battle. 1,2

Ada dua part.Dua-dua part tu ada Infinite dengan MBLAQ! LOL,Dongwoo punya scarf jatuh! Pastu,dia cuma gelak je! Haha,comel!

Yoseob and IU Special Stage

OMG! IUSeob?! Aaaah!! Cutenya la dorang! Seobie malu-malu kucing! Ye la,dia kan fanboy IU! Tengok muka Seobie,asyik tersenyum je! Pastu curi-curi pandang IU!

Teen Top-Intro and No More Perfume on You

Masa ni la,nak lag! Nasib baik ada dekat youtube..L.Joe! Tak payah cakap la..memang sentiasa...hot! and cute!LOL,C.A.P nampak stiff je masa mula-mula..

Infinite-Paradise and Be Mine

Gyaah! Infinite! Video ni tak jelas..nak nampak muka Myungsoo pun susah..

Ah,dengar-dengar SBS kali ni buat masalah.Hoya punya mic tak berfungsi,Seobie kena bawak kerusi sendiri sebab tak ada tempat duduk lepas tu Dongwoo tercedera sebab terkena cahaya lampu(voltage)! Dongwoo cedera?! Lepas tu,dia kena marah dengan staff?! Ceh,bukan dia sengaja nak cedera pun..Pastu katanya orang cakap Hoya lupa lirik -,- padahal mic problem..dengar-dengar je la..tapi rasanya mungkin kot mic problem..Rasanya Woolim ni terlalu push Infinite sebab katanya Infinite nak buat comeback bulan depan kalau tak silap.Aish,macam nak bagi Infinite sakit dulu baru boleh bagi rehat..Seriously,Infinite tu pun manusia jugak,bukan robot..Walaupun Aina nak sangat dorang buat comeback,tapi lagi elok dorang rehat..Sekurang-kurangnya seminggu pun jadi la! Tak ada practice apa-apa pun! Tak ada schedule apa-apa pun! #ceh,macam ceo nya nak baca je..

Ah,Aina tak pasti la pasal benda yang dekat atas tu betul ke tak sebab semua dari Infinite Fan Cafe,jadi...entah la,secara kesimpulannya tunggu je la official statement..Okay la,nak tidur! Mata dah separuh terlelap masa tengah taip pasal benda ni..Ppuingg,Ppuingg!

Wednesday, 28 December 2011

Teen Top Teaser!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Baru post tadi,post lagi..Kejap,nak fangirling ni.Siapa yang tak suka,jangan baca.. :P #fangirl mood on Gyaaah! OMG! Teen Top punya comeback teaser! Tak tahu nak cakap apa! Memang deabak la! Ni pun tengah mengigil tulis sebab terlampau excited! Gyaah! L.Joe jadi main lead!! Uwaah! Lagi best!! Tak sabar nak tunggu Full MV! Bila Full MV keluar,spazz lagi!! Lagu nya,walaupun dengar nya sikit je tapi Aina rasa mesti best! Gyaah! I'm going Crazy because of Teen Top! Aina rasa asyik tekan replay je! Haha,biasa la tu kalau dah jadi fan.. :P Ah,siapa yang belum tengok,tengok dekat bawah ni:


L.Joe's voice!

Pizza -,-

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!




Apa kes tittle post Pizza ni? Tak ada kes pun..cuma 3 hari berturut-turut makan pizza -,- Ni pun baru lepas makan 3 keping.Habis la berat badan naik! Dah la makan malam pulak tu! Hmm,memang sah,bukak sekolah nanti mesti gemuk.Entah-entah baju sekolah yang baru tu pun tak muat..Hmm..Hari Isnin pizza,hari Selasa Lasagna..Sebenarnya keliru samada Lasagna ni dalam kategori pizza ke pasta? Haha,malas nak search..tapi yang pasti Lasagna dengan Pizza,dua-dua ada cheese -,- Hari Rabu,hari ni pun,Pizza..Cheese lagi! Banyak lemak la macam ni..Lasagna tu homemade.Mak Aina buat letak banyak cheese tapi dalam satu hari tu,bekas besar tu Lasagna nya habis.Tapi yang pasti bukan Aina la habis kan,Adik Aina yang bulat tu! Dia ni memang hantu cheese! Semua benda cheese dia suka! Eh,ni dah tajuk cheese dah ni...Ah,biar la.Oh,kejap lagi teaser Teen Top nak keluar! Wah! Tak sabarnya! Okay la,chao dulu! Nak bukak Youtube awal-awal!

Tuesday, 27 December 2011

FanFic Update!!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Tak nak cakap banyak.Dah update chapter 10.Click here.Buat dalam keadaan mengantuk.Sorry kalau ada salah grammar atau spelling.2 hari tak update blog -,- Tak ada benda nak update selain buat persediaan untuk sekolah next week..Okay la,nak off.Ngantuk! Please read and comment!

Saturday, 24 December 2011

A Day..

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Hiasan..


A day?? Satu hari apa nya? Hehehe,hari ni,first time Aina pergi sungai!#eh?!Biar betul?! Betul! Mesti korang pelik kan? Tau,korang mesti dah banyak kali pergi tapi Aina first time..Hehehe,Sungai kat Ulu Yam je.. Bukan kat mana-mana pun tapi kira okey la tu.Jadi experience!Masa pagi-pagi tu,Adik Aina ada tanya macam ni, 'Pergi sungai duduk kat sana berapa hari? Duduk hotel mana?' Wah,wah,wah Adik Aina yang sorang ni! Boleh pulak tanya soalan macam tu?! Duduk hotel mana?!Ceh,tau la asyik pergi hotel je tapi tak kan la tak tau! Kalau pergi sungai,mandi,berkelah je.Mana ada hotel! Haish,tu la,tak pernah pergi la kata kan.Haha,Aina pun sama tapi tau la jugak kalau pergi sungai tu setakat mandi,berkelah je..Dalam perjalanan nak pergi Ulu Yam tu,nak dekat sampai tiba-tiba gerimis pulak!Aik,macam mana pulak nak mandi ni? Dah start gerimis tak lama lagi mesti hujan,betul tak?Nasib baik la masa sampai tu gerimis je!Tak hujan! Elok sangat la tu!Dah sampai tu,nampak semua benda hijau!Pokok dengan tumbuh-tumbuhan la..Dah dapat cari pondok,isi tangki dulu!Hehehe,mesti la makan!Dah isi penuh-penuh,pergi masuk dalam sungai tu! Bila masuk,brrrr...sejuk gila!Maklum la,masa mandi tu pun gerimis.Mana la tak sejuk nya..Air sungai nya deras!Mungkin sebab hujan,deras kot..Jadi main kat tepi-tepi tu je la.Dekat tepi-tepi kan ada banyak batu,jadi best la jugak! Lompat batu sana,lompat batu sini..tapi bukan la lompat.Kang lompat-lompat jatuh.Dah la air sungai deras!Ngeri bila fikir diri ni kena hanyut! Senang kata,berpindah-randah dari batu ke batu!Masa mandi tu pun Aina dengan Abang buli Adik! Kitaorang jatuh kan Adik dulu,pastu simbah dengan air!Haha,mentang-mentang la adik tu yang paling kecik dengan gemuk#tak gemuk,perut buncit je.. senang je nak nak buli!Haha,okay la tu!Dah puas mandi,balik!Err,tak la balik sebenarnya...Tiba-tiba Ayah Aina ajak tengok wayang pulak.Memang sah la cuti sekolah ni asyik tengok wayang je! Tak abis-abis dengan wayang!Haha,mesti korang bosan sebab Aina ni asyik wayang tak abis-abis!Haha!Hari ni,tengok cerita ni pulak


Cerita detective pulak!Okay la...tapi masa tengok ni Aina rasa ngantuk..Mungkin sebab mandi sungai kot..Jadi nya penat.Tapi,time mata terlelap je,ada pulak scene yang best!Jadi tak dapat la mata tu nak lelap..Jadi secara kesimpulannya,tak tidur!Dah habis tu,akhir nya balik rumah jugak! Tapi sampai rumah je terus bukak TV,bukak laptop -,- sama je tak rehat...Ni pun kejap lagi lepas dah post ni,nak tidur! Mungkin kot tapi rasa nya akan...Ah,mana-mana la.Janji tidur! Okay la,chao dulu!

Infinite dengat Teen Top dekat Music Core memang daebak! Dua-dua group cute!

Friday, 23 December 2011

Music Bank!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Music Bank~ Siapa tengok tadi! Aina gerenti mesti ramai yang tengok! Mungkin kot..tapi yang kpoppers mesti tengok! Kan?? Hehehe,tadi Music Bank Year-end special kan?? Wah! Memang daebak la! Sampai satu keluarga tengok! Err,tak la nak kata satu keluarga sebab tadi yang ada kat rumah pun Mak,Aina dengan Adik je..Tapi kira semua la tu..Chop! Nak dekat lari tajuk tu! Hehehe,masa opening Music Bank tu,tak silap la Mak Aina jerit -,- sebab nampak Siwon...Err,Aina jerit masa nampak Infinite,Mak Aina jerit masa Super Junior -,- Tapi anak dengan mak sebenarnya lebih kurang sama je...Ah,Masa B2ST punya dance battle dengan Hyuna dengan G.Na tu,Aina harap la sangat yang Junhyung tu menari dengan Hyuna! Macam tahun lepas tu! Bila nampak Hyuna,Aina memang berharap la sangat Junhyung keluar.Bila nampak ada orang masuk tu,Aina ingat Junhyung,rupa-rupa nya.....Hyunseung -,- Tsk,rasa nak nangis je! Kenapa tak Junhyung?! Ah,Aina ni fan JunAh#tak berapa suka JunRa dengan 2hyun.. Tapi nak buat macam mana...Dah ditetapkan...Masa Aina tengok B2ST punya persembahan fiction tu,rasa nak nangis je! Gikwang duduk atas kerusi,Junhyung dia ada cedera apatah tapi boleh nampak dia tahan kesakitan tu..Pastu masa dance battle tu,teringat pulak dah zaman B2ST sebelum debut tu! Memang flashback la benda tu...Pastu Infinite!#Infinite dulu ke B2ST dulu? mana-mana je la.. Aaaah! Masa tu la pergi kuat kan volume kat TV tu pastu duduk dekat depan TV! Nak tengok muka dorang jelas-jelas! Mungkin dorang penat kot,ulang-alik dari Jepun ke Korea sebab dorang nampak penat pastu ada yang lambat,masa menari tu.Tapi tak tau la kot-kot mata ni salah ke tapi...entah la...Ah,masa Secret buat persembahan tu,Mak,Aina dengan Adik pergi join menari dengan Secret! Serius,Mak Aina memang suka dengan Secret! sebab Mak Aina cakap dorang nampak cute je! Haha,tak sangka! 3 lagu Secret nyanyi,3 lagu la kitaorang menari! Tapi tarian nya,sudah semesti nya la,bersepah..Haha! Tak dapat ikut.. :P Post pasal benda ni pun panjang..Jadi stop sampai sini je la!

Random post again...

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!!



Asyik random je! Haha,biar la! Post random ni boleh cerita benda campur! Maklum la,Aina ni pun suka je post lari tajuk..Kadang-kadang tu mengarut jugak.Haha! Ah,sekarang ni Aina baca novel.Tajuk nya 'Cinta Kau dan Aku'.Tapi tak baca sampai abis.Baru baca 10 muka surat,dah berhenti.Malas la nak baca..banyak muka surat! Haha,mesti malas..Last-last,Aina pergi jugak balik baca komik.Komik apa? Komik ni..



Hehehe,komik shoujou la..Tak kan la shounen.. :P Okay jugak la..Tak boring la..Ada la jugak part-part yang kelakar.Tapi la kan,ni kan komik shoujou tapi ada jugak cerita seram..Haha,Aina ni mana la suka cerita seram-seram ni.Nanti malam-malam,mula la dengan fikiranya yang penuh dengan benda tu..Last-last bangun,pergi tengok TV,masuk bilik balik baru boleh tidur!#eh,sama habit macam Myungsoo! Haha! Cerita seram nya tu boleh la kot seram...bagi Aina la..Tak tau la kalau korang baca tak seram..Tapi cerita nya berkaitan dengan anak patung..Kalau berkaitan dengan anak patung,memang la tak suka! Lagi-lagi anak patung yang jenis bila baring,mata tutup,bila berdiri,mata bukak! Hah,patung macam tu memang tak suka! Seram kot tengok patung macam tu! Bila tengah taip pasal benda ni,seram sejuk pulak dah....okay stop! Tak nak cerita pasal benda anak patung tu dah! Seram rasa nya...

Gyaaah!! Infinite ada kat Music Bank!!

Thursday, 22 December 2011

Touching....

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!






Touching?? Aina touching tengok cerita sedih ke?? Eh,tak...bukan...Aina touching pasal ni:Klik


Dah baca dah?? Ada rasa touching tak?? Tak?? Hmm,bagus la...Perasan tak dalam salah satu list tu,Aina ada benda yang tak sepatut nya buat? Perasan tak? Hish,tak kan la tak perasan..Dah nampak jelas-jelas dah Aina tak patut buat benda tu.Perasan? Kan,kan,kan?! Bila Aina baca,err terasa pulak dah pasal tulisan tu..hehehe...Biar la,jadi pengajaran XD Okay,lepas ni tak pakai tulisan warna-warna dah! Dah malu kena kritik! Hehehe,entah-entah la kan,selama ni korang nak baca mesti susah kan? Err,mianhae #bows 180 degree... ada ke 180 degree??  Tapi,kalau sidebar tu biar color boleh tak? sebab Aina dah try tukar tadi,tak cantik pulak dah...Boleh kan? Yang penting post ni boleh dibaca! Kan,kan,kan?!

FanFic Update!!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Cha!#perkataan pelik,hirau kan... Dua hari tak update! Eh,silap..satu hari tak update! Hehe,tak tau nak update apa sebenaranya sekarang ni..Ye la,cuti sekolah pun kejap lagi nak abis,jadi memang tak ada benda sangat la nak buat.Ni pun sekarang tengah operasi kemas rumah! Chop! Lari tajuk sekejap je! Hehehe.. Macam biasa, Aina dah siap chapter 9!


Click picture kalau nak baca chapter 9
Kuh,kuh,kuh,cover fanfic baru! Camne? Okay tak?? Haha! Nampak macam salji je kan? Padahal tajuk 'On Rainy Days'..Sebenarnya memang background nya hujan tapi bila dah edit sana sini,tak nampak sangat hujan nya....Hehehe,edit tak pandai sangat la kata kan... :P Ah,nampak tak quotes tu? Tak nampak? Meh sini Aina tunjuk kan.. 
And when its rain,look up rather than down.Without the rain,there would be no rainbow.-Gilbert K. Chesterton
Aina suka quotes dia! Banyak meaning! Yang paling Aina suka,tu yang kat atas tu! Hehe,apa-apa pun,Please read!

Ah,congrats buat kakak atau abang yang dapat straight A's untuk PMR! Tak lama lagi pun Aina kena jugak benda PMR ni.. 

Tuesday, 20 December 2011

Ppuingg,ppuingg!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Myung's Dimple!Gyaah! Rasa nak cubit je pipi dia!

Ppuingg,ppuingg! Haha! Tak ada keje..Memang la tak ada kerja..Budak lagi nak buat apa kerja...Haha,dah mengarut dah.Yeah,boring! Tak ada benda nak buat! Balik-balik bukak benda yang sama je..mcm FB la..Last-last,Aina boring pergi main game OMD..OMD?? apa tu? Ah,tu game la tapi untuk perempuan.Macam dress up.. ala,macam game budak-budak tu tapi lagi best sebab boleh socialize! boleh kenal orang dari negara lain..Orang umur 87 tahun pun main! Hebat betul! Ah! Korang dah tau belum?? Myungsoo nak masuk drama! Ganti 'Flower Boy Ramyun Shop'!Gyaaah! masa tengok teaser nya,memang agsdffh!#tak tau nak cakap camne! Korang tengok je la teaser ni..


Dah tengok dah? Speechless kan? Haha! Tak sabar nak tengok! Nak kena tunggu 30th January! Lama nya! Ala,lama-lama pun sebenarnya sekejap je,betul tak? Ni pun cuti sekolah 2 bulan pun boleh cakap sekejap..Adik Aina la yang cakap.Haha!......Dah tak tau nak cakap apa...Nak sambung tengok 'Jiu' balik la lepas ni.Baru nak tengok selama ni malas..Haha! Ppuingg!

Ringtone mak Aina dah tukar lagu Infinite.Mula-mula B2ST pastu Infinite pulak..Haish,mak dah macam anak dah..Haha!

Monday, 19 December 2011

Random...

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Kuh,kuh,kuh..#apahal pulak ni.. Haha,baru lepas baca komik seram..pastu salah satu watak nya suka sangat sebut 'kuh,kuh,kuh' tu!Haha,pelik..Ah,tengok tittle pun korang tau yang Aina tengah bosan..Post nya ni pun random je.Hari ni cuma pergi sekolah beli buku.#korang dah beli belum? Dah tu,pergi shopping pulak! kat Jusco je..Sebab tempat tu yang paling dekat! Nak ikut kan,hari Sabtu baru je pergi,hari ni pergi lagi!Masa kat Jusco tu pun,Mak Aina nak cari novel! Haha,sama je dengan anak perempuan nya ni! Siapa? Aina la,sape lagi..Haha,tapi Aina cari komik! Tak berapa minat dengan novel..sebab tebal! Dah la banyak muka surat! Tak larat nak baca..Tapi teringin nak baca 'Andai itu takdirnya' #rasanya kot tu tajuk nya.. sebab Mak Aina baca novel tu 3 kali,3 kali nangis! Baca malam-malam pastu esok pagi bangun mata bengkak! Serius ni! Jadi,teringin la jugak nak baca..Nak tahu sedih sangat ke novel tu.Sampai baca banyak kali pun masih nangis.Ntah-ntah tak lama lagi novel tu pun jadi filem.Macam 'Ombak Rindu' tu.Haha,ntah la..Agak je..sebab novel tu ada tanda 'Novel Terlaris'. Jadi agak je la mungkin akan jadi filem.Ah,siapa Jester kan sini? Korang mesti tau kan hari ni hari apa.Memang la hari Isnin tapi hari ni pun hari jadi 


I'm the Joker~ Yeah,Yong Junhyung! Chukahae! Wah! Tak sangka umur dah...jap,keliru..muka dia macam 16 tahun je..Junhyung lahir tahun 1989..#kira.. Ah! 22 tahun! Kat Korea,23 tahun kan? Teruk nya la Aina jadi B2UTY..Ah,tak apa la!Keliru umur je.. :P Apa-apa pun,nak bagi ucapan kat Junhyung.Haha! Biar la walaupun dia tak baca..Tetap nak bagi jugak!

Yong Junhyung,to me,you're the best rapper! Your swag,your fat tongue,your aegyo and everything about you is what I love! I hope you find you true happiness!and hope you had the best birthday ever!
Haha,pendek je..True happiness?! Bukan dia memang dah dapat ke? dengan Hara? Haha,memang la..tapi nampak macam.. Ah,tak pe la..Tak nak cakap..Nanti kang ter-start Fan war pulak..Haha,okay la,stop sampai sini je la.. Dah tak ada idea nak tulis..Ppuingg!

Sunday, 18 December 2011

FanFic Update!!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!



Seperti biasa,Chapter 8 dah post! Click here! Aaaah! Lagi 2 minggu je nak bukak sekolah! Harap-harap dapat abis kan..Tapi tak mungkin dapat..Apa-apa pun,Please read and comment!

Saturday, 17 December 2011

1st giveaway by Anis and Aina

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


First time masuk GA!#batak.. Haha! Ni pun kena tag oleh Cik Atiwa!Syarat-syarat nya,

- Mesti follow blog Anis dengan Aina, jangan lupa like fanpage kitorang. Page Anis and Aina
- Mesti warganegara Malaysia //senang nak post hadiah
- Buat satu entry bertajuk "1st GiveAway by Anis and Aina"
- Dalam entry tersebut, letakkan banner kat atas tu, dan linkkan kat blog Anis atau Aina
- Tag 1 atau lebih
- Pemenang dipilih menggunakan  random


Tag#random..: Hanalisa.
Kalau korang nak join pun boleh! Pergi kat sini atau kat sini.

Marathon!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Wah! Marathon! Aina pergi marathon ke? Aah! Tapi bukan marathon yang lari-lari tu! Ni marathon tengok movie! #tak abis-abis tengok wayang aje.. Haha,cuti sekolah tak pergi mana-mana..dah alang-alang cuti sekolah ni pun banyak cerita yang best,tengok je la! Haha,tapi hari ni tengok 2 movies! Dari pukul 11.45 pagi tu sampai la pukul 5 petang tengok wayang! Okay la jugak dari balik awal,duduk rumah tak ada buat apa-apa,baik tengok wayang je..Ah,cerita pertama yang Aina tengok cerita ni,


Yup! Alvin and the Chipmunks 3! Cerita nya tu,macam season sebelum nya jugak la,kelakar pastu comel! Sebenarnya cadang nak tengok cerita lain tapi disebab kan Adik Aina nak sangat tengok hari ni,jadi buat la Movies Marathon ni..Movies Marathon ni pun tak akan ada kalau Adik Aina tak cadang kan suruh tengok 2 movies hari ni..#rasa nya mak aina la yang cadang kan.. Ah,entah la..Siapa-siapa je la yang cadang kan tapi yang pasti bukan Aina..Okay,okay dah,balik pada topic.. Cerita yang kedua pulak,cerita ni,


Mission Impossible! Ni la cerita yang sepatutnya tengok hari ni! Cerita ni memang best la! Sepanjang tengok cerita ni asyik action je! Best tengok! Tak ada romance pun! Err,ada tapi sikit je..boleh kira lagi! Bab romance ni pun ada 2-3 je! Aina tengok cerita ni,tangan tak berhenti berpeluh! Sebab banyak suspen! Lagi-lagi masa dia panjat bangunan tinggi tu! Mak ai,tinggi gila kot bangunan tu! Dah la hero nya kena panjat! Seram tengok! Gayat! Tapi macam mana pun,cerita ni memang best! Tak rugi kalau tengok! Haha,bagi Aina la..Tak tau la kalau orang lain.. Lepas dah habis marathon,balik rumah! Haha,penat berlari la kata kan!walaupun sebenar nya duduk je..

Friday, 16 December 2011

Tired!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!




Aaaah! Penat! Baru balik dari rumah atuk! Sambut hari jadi atuk yang ke 72!#70 ke 72?? Lupa la..Tapi dalam 70,72 camtu la! Sambut hari jadi tak meriah mana pun.Banyak orang dewasa.Ye la,dah atuk pun orang dewasa,mesti la orang yang datang pun lebih kurang sama#faham kan?? Tapi ada banyak makanan! Lagi-lagi ada agar-agar! Aina ni memang suka dengan agar-agar merah tu! Walaupun rasa nya tu biasa je tapi tak ada kelapa! Haha,makanan yang dimakan tak ada rasa ragu-ragu! Pastu ada nasi ayam! Aina pergi tambah dua kali.. abis la,badan nya naik la nanti..Kalau sambut hari jadi,mesti ada kek kan! Kek nya ada dua! Satu tu Kek Oren,satu lagi Cappucino Cheese! Satu dari kedai kek biasa,satu lagi Secret Recipe! Tapi Aina makan yang oren..Tak suka kek cheese! Rasa macam cepat muak.Dah abis makan tu,gerenti la kena kemas! Tapi Aina ada tolong jugak! Tolong habis kan makanan..Okey la tu! Tolong jugak! Haha! Okay la,nak tidur! Penat! Haha,penat makan sebenarnya.. :P Haha,Bye!

Thursday, 15 December 2011

Aaaah!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Tittle post Aina selalu pelik..Gyaah pastu Aaaah.. Dua-dua perkataan yang tak ada maksud..Aina tau tu bunyi jeritan! Gyaaah,jeritan fangirl!#ye ke? Aaaah,jeritan...entah la tapi jerit jugak.Eh? Tajuk hari ni nak cerita pasal jenis jeritan ke? Haha,bukan la..Nak cerita pasal bias baru je! Eh? Myungsoo camne? Ah,Myungsoo hari ni je diketepi kan..Esok,sambung balik stalk Myungsoo! Haha! Ah,nak tau tak sape? Dia dari group:



We are the one,AA! Yeah,Double A atau pun AA! Agak-agak nya kan,dapat agak tak sape.Dapat? Siapa? Woosang?Aoora?Joowon?Kimchi?Hoik? Dah teka dah? #main teka-teki pulak dah.. Haha! Nak bagitau jawapan ni! Bias baru nya ialah..


Hoik! Nak yang gambar yang jelas ke? Okay,nah.Tapi jangan pandang lama sangat..

Aaah! Cute! Satu hari ni pergi stalk pasal dia! Hoik dah masuk list bias Aina dah! Tempat ke berapa? Tak tau..Banyak sangat bias! Tapi yang pasti,Myungsoo 1st! Ah,bawah ni profile Hoik! Copy paste dari tumblr sini!

Real name: Jong Hoik
Stage name: Hoik
Born in: Busan
Birthday: 1993.08.01
Position(in the band): Vocal.Rap
Religion: none
Height: 185cm
Weight: 68kg
Blood type: type A(newline)
Specialties: Football(played until junior high),sports
Hobbies: imitating Hyunbin*,listening to music
-His nickname is 'Busan's Hyun Bin'
-Hoik will capture the heart of 'Noona fans'

LOL! Busan's Hyunbin! Tapi memang betul pun..Muka dia ada macam Hyunbin! Masa mula-mula tengok performance AA pun,Aina ingat dia Hyunbin rupa-rupa nya bukan! Memang la bukan.Macam mana Hyunbin yang sekarang tengah kat Military pergi buat performance. Ni pun sekarang tab tengah full pasal Hoik! Haha! Stalk untuk satu hari!#mungkin.. Esok Myungsoo balik! Haha! Okay la,nak siap-siap pergi keluar! Bye!

Orang semua tengah hot pasal MyName,Aina pergi AA...




Wednesday, 14 December 2011

FanFic Update!!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!



Chapter 7 already post! Click here! Aaaah! Siap Chapter 7! Sorry kalau korang tak paham..Buat dalam keadaan mengantuk...

Ada ke orang baca FF ni? Haha! Rasa macam tak ada je..

Hey..

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Haha,tajuk post nampak sangat tak ada benda nak cerita...Memang betul pun...Tak tau dah nak cerita apa.. Boring! Lepas balik dari Tiara Beach Resort tu tak ada buat apa-apa pun...Sebenarnya ada tapi tak best.. Lepas balik dari Tiara tu,esok nya pergi keluar beli barang untuk sekolah..Haha!Tau,awal lagi dah beli barang sekolah.Awal ke?Entah la..Pastu dah tak ada apa dah..Duduk je la rumah..Pandang laptop ni lama-lama.. Kalau tak ada benda best,tengok TV,kalau tak ada,pergi dapur amik makanan makan..Haha,nak hilang kan rasa bosan..Ahh,ni pun sebenarnya kena tidur awal.Esok ada hal.Jadi,chao!

Bila FanFic nak abis ni.Target nak abis sebelum bukak sekolah tapi nampak sangat tak akan jadi punya..

Tuesday, 13 December 2011

Henshin!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!




Wah,tajuk macam cerita Kamen Rider pulak!Henshin!Ah,tak tengok pun Kamen Rider ni tapi adik Aina tengok,ikut je la..Chop! Dah lari tajuk dah..Haha,tau tak Henshin tu apa? Rasa nya la kalau yang Kamen Rider Fan mesti tau! Henshin tu change atau transformation!Ha,macam blog Aina la! Dah change atau transform atau Henshin#banyak nya 'atau'.. dari warna Purple Pink ke Blue Pink! Haha,mesti ada pink..walaupun tak suka sangat pink tapi kadang-kadang tu mesti 'ter'ada warna pink.Ah,apa-apa pun,Aina kali ni pakai simple template!Tak pakai denim dah..Tak tau kenapa tak nak pakai denim..Aaaah,orang semua pakai blogskin tapi Aina masih lagi pakai design template!Walaupun teringin tapi tak nak#eh..? sebab tak reti main code!Kan blogskin banyak main code kan?#betul kan?? Nanti kalau pakai lagi la buruk blog nya..Dah la yang sekarang ni pun masih bersepah jugak..Ah,biar la..Kuno la kata kan..Haha!

Sunday, 11 December 2011

Back!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo!



Aaaaah! Akhirnya,dah balik rumah dah! Penat! Baju berlambak tak basuh! Haha! Balik rumah je terus bukak laptop! 3 hari tak bukak,tak pegang! Ni pun badan tengah sakit! Satu badan sakit sebab semalam satu hari mandi kolam! Mana la tak nya,mandi kolam semalam dari pukul 8.30 pagi sampai 12 tengahari! Naik water slide la,belajar berenang la#tak reti lagi.. pastu kena jaga 8 orang budak#sepupu..! Tak la kena jaga tapi kena la jaga dorang masa mandi kat kolam tu,takut lemas#apa la ayat.. Pastu,sepupu yang umur  3 tahun#agak je umur berapa..tu takut mandi dalam kolam! Walaupun pakai pelampung tapi dia takut lemas.Ya la,kaki dia tak sampai.Dah dia asyik bergayut je ngan Aina! Dalam kolam pun kena dukung! Tapi yang paling best nya la mandi kat kolam ni, Atuk,Nenek,Mak Cik,Pak Cik,Mak Usu,Abang,Mak#senang kata,semua!pergi naik water slide!Mak Cik ngan Mak Aina naik water slide pun nak jerit! Aina yang tengah tunggu nak turun water slide tu,pun boleh dengar dorang menjerit! Ingat kan jauh lagi nak sampai bawah,rupa nya dah sampai!Jeritan nya macam orang naik roller coaster!



Lepas tu masuk bilik rehat sekejap.Lepas dah bersih kan badan tu,pergi cari makanan! Biasa la tu,lepas mandi kolam,gerenti perut 'menyanyi'!Last-last,makan maggi! Semua orang makan maggi! Sebab maggi benda yang senang dan cepat nak masak!Haha! Lepas perut pun dah berhenti 'menyanyi' tu,baring la atas katil! Dengar lagu OST Secret Garden! Tapi,tak sangka pulak mata ni nak pejam pergi dunia mimpi! Sebab selalu nya susah nak tidur tengahari ni! Tidur petang pun tak pernah! Yang senang nak tidur,tidur malam!#semua orang senang tidur malam.. Lepas tu,dah pukul 4.30 tu,pergi la turun mandi kolam lagi! Sampai pukul 6.30! Sebenar nya plan nak main bola tampar.Tapi disebabkan budak-budak tak berapa nak minat sangat pergi la mandi kolam!Ha!Masa mandi kolam ni,ada dolphin! Dolphin Pak Cik Aina bawak! Tapi rasa nya korang tau,bukan dolphin betul..Haha!



Lepas tu,hari esok nya#hari ni.. siap packing nak balik! Bangun pagi tu badan dah sakit-sakit! Macam sekarang ni la!Saki satu badan!Haha!Masa tengah packing-packing tu,sepupu Aina boleh lagi nak mandi kolam! Dah la yang sorang tu badan dah cram sebab semalam mandi kolam! Ni pun dia nak mandi lagi! Biar la,last day kan.Mula-mula dorang ajak Aina,tapi malas! Badan dah sakit macam kene baling oleh gajah! Nak mandi kolam lagi,haish,tak ada nya la..Haha! Ni pun kejap lagi nak unpack barang-barang.Jadi,chao dulu!

Friday, 9 December 2011

Goodbye..

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!



Hah?! Goodbye?! Kenapa? Nak tutup blog ke? Haha,buat apa nak tutup blog ni! Precious ni! Haha,Aina cakap goodbye sebab nanti pukul 3 nanti sampai hari Ahad Aina tak ada..Tak ada?? Aah,tak ada! Aina pergi vacation dengan satu family!Termasuk atuk,nenek,mak cik,pak cik#korang tau kan.. Pergi mana? Pergi Tiara Beach Resort! Masa mula-mula dengar Tiara,Aina ingat nak pergi concert T-Ara sebab masa tu Mak Usu Aina cakap macam ni "Nanti kat Tiara tu ada 6 ticket." Aina pun cakap la "Hah? Concert ticket T-Ara ke?!" Mak Usu dengan Mak Aina gelak!Rupa nya ticket untuk masuk water park kat Tiara Beach Resort! Aina pun tak tau masa bila la nak masuk water park kat Tiara ni kena ada ticket sebab masa kecik-kecik dulu pergi,tak kena ada ticket pun.Haha,dah upgrade! Ni pun belum siap packing nak pergi ni! Kejap lagi nak pukul 3! Haha,last-last minute baru nak buat..Okay la,Bye! Nanti hari Ahad jumpa balik! Haha!

FanFic Update!!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Chapter 6 already post!Click here. Chapter 6 yang paling susah nak buat!#buat masa sekarang.. Asyik tulis,padam,tulis padam! Sebab scene mimpi tu! Ah,pastu dalam chapter 6 ni,Aina buat POV sebab nak buat dialog susah la dalam chapter ni.Apa-apa pun,Please read and Comment!

Thursday, 8 December 2011

Nothing...

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!


Kyeopta!

Aaaah!Sekarang ni tak tau nak update pasal apa.Kosong.2 hari ni tak ada benda yang best terjadi..Haha! Tadi pun baru je tolong Mak masak nasi tomato! First time masak nasi tomato!Selama ni masak telur goreng,nasi,air dengan maggi je.Haha,nasi goreng pun Aina tak pernah masak!Ah! Tadi baru baca komik 'Rawatan Cinta'! Serius,masa baca tu, asyik gelak je!Kelakar!Tau tak buku yang mana ni?Buku ni:


Dalam buku tu pun ada tajuk lain macam 'Helo Lucy','Super Bodyguard' dan banyak lagi la! Satu buku tu ada 6 cerita termasuk 'Rawatan Cinta dengan tajuk tadi tu.#promote jap.. Semua cerita dalam buku tu,kelakar! Lukisan pun comel je! Aina keliru watak nya semua tu budak tadika ke?Sebab semua watak nya comel macam budak tadika!

Tambah lagi koleksi komik kat rumah tu..Mana la nak letak..Penuh rak kat bilik tu!

Tuesday, 6 December 2011

5 Girl,1 Boy,1 Unknown...

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Warning:Long post.

Wah!Macam misteri je tajuk post ni! Nak cerita pasal benda misteri ke??Haha,tak ada la.Cuma nak cerita pasal hari ni je!Pakai tajuk macam tu sebab hari ni berjalan dengan 5 orang perempuan,1 lelaki dengan 1 unknown! Sebenar nya Unknown tu adik Aina tapi pakai unknown sebab tak tau la Adik Aina ni sebenarnya lelaki ke perempuan.Haha! Tapi secara logic nye,Adik Aina lelaki la.Tapi kenapa sampai 5 orang perempuan?bukan Aina seorang je ke anak perempuan?Haha,3 orang lagi tu,calon kakak ipar Aina!Haha! Abang Aina punya Girlfriend(s)!Haha,tapi tiga-tiga dah ada balak..Tu abang Aina yang cakap tapi tak percaya sebab suspect salah seorang tu syok kat Abang Aina..Haha,ntah camne ntah boleh buat conclusion yang ada orang syok ngan Abang Aina..Haha! Ah,yang seorang lagi tu Mak Aina la.Haha!Mesti korang pelik,camne 3 orang anak dara boleh ajak Mak Aina pergi keluar jalan-jalan!Aina pun sebenarnya tak percaya tapi terpaksa percaya sebab memang betul pun dorang ajak Mak Aina keluar..Pelik! Haha!Okay,nak start cerita pasal hari ni.Hari pergi kat The Curve.Sebenarnya dorang ajak Mak Aina tengok citer ni:




Cerita Ombak Rindu! Alang-alang belum tengok lagi pastu Mak Aina memang nak tengok sangat cerita ni,jadi tengok je la.Cerita ni,tak ada la sedih mana pun.Part sedih pun bagi Aina la ada satu je!Masa part yang Izah kena tolak ngan Harris tu.Tu je la tapi air mata tak keluar pun.Mungkin dah penat menangis sebab Hello Baby kot?Ah,ntah la tapi Aina tau Aina tak faham tengok cerita ni!Nampak sangat cerita ni main Jump-jump! Banyak cut!Masa tengok tu,mula la cakap sensorang kat dalam hati!Tanya soalan kat diri sendiri tapi soalan nya tak dijawab-jawab..Haha,siapa la nak dengar kalau cakap kat dalam hati..Tapi keseluruhan nya,cerita ni okay la walaupun tak faham tapi okay la.


Lepas tengok wayang,pergi la Ikea.Saja je tengok barang pastu makan.Haha! Bila masuk Ikea tu,pergi tengok display barang,mula la berangan nak beli benda tu! Macam Aina nak bunk bed tapi bawah nya tak ada katil!Tingkat atas je ada!Haha!Lepas dah kat Ikea,pergi kat Curve balik.Snap gambar!Snap gambar kat pokok Christmas la,kat entrance yang ada benda Christmas la#tak tau nak panggil benda tu apa.. Lepas tu pergi tengok baju la,handbag la,kasut la#biasa la,perempuan.. pastu pergi kedai buku.Hah!Masa kat kedai buku tu,Aina sesat.Haha,dah besar pun boleh sesat.Tu la,leka lagi tengok Manga! Haha,mana tak nya! Manga nya semua rare pastu harga RM 37.90! Sebab Manga tu yang selalu ada kat internet pastu dalam English.Tapi Aina tak beli sebab membazir.Baik baca kat Internet,free je!Haha,masa tu jugak la pergi hafal tajuk Manga tu.Lepas tu,kitaorang pergi kat tengah-tengah Curve tu.Amik gambar untuk kali terakhir sebelum balik!Haha! Lepas amik gambar tu,ada Santa Claus datang kat arah kitaorang.Dia kasi lollipop!Haha!Macam budak-budak je,tapi suka dapat benda tu! Lepas tu balik! Penat gila la berjalan hari ni.Dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 8 malam! Wah! Tu baru nama nya berjalan!Haha!

Dah penat berjalan,rasa nak tidur awal la hari ni! :P

Hello Baby.. T_T

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Warning!Long post.. :P

#kesat air mata Tsk,baru je abis tengok Hello Baby episode akhir! Sikit je episode nye! 12 episode! Uwaah! sedih sangat tengok episode akhir Hello Baby! Masa keluar perkataan 'Last Day' kat screen laptop tu,memang dah agak kejap lagi mesti nangis macam air terjun,jadi siap kan tisu dulu! Haha,sediakan payung sebelum hujan la kata kan.Mula-mula yang cakap Goodbye kat Kyumin,Hyorin dulu.Masa tu air mata dah mengalir dah tapi belum lagi sampai ke tahap air terjun,baru je megalir macam air sungai..Tapi bila Hyorin nak keluar dari bilik tu,terus Kyumin nak jalan pergi kat Hyorin pastu dia panggi 'Omma'.Uwaaah!Masa tu baru la air terjun keluar kat mata! Dah Hyorin keluar tu,Kyumin pandang je pintu yang Hyorin baru keluar tadi!Dah Hyorin,Soyu pulak.Masa ni lepas Soyu dah cakap Goodbye kat Kyumin,tiba-tiba Kyumin pegang kaki Soyu!Masa Kyumin peluk kaki Soyu supaya jangan bagi dia pergi,masa tu Aina nangis teresak-esak!Memang sedih gila! Bila Soyu keluar je dari bilik,terus dia nangis!Lepas Soyu,Bora pulak.Tapi part Bora tak ingat sangat la.Haha!Skip je la..Dah Bora Dasom pulak.Dasom last sekali bagi Goodbye kat Kyumin.Masa ni pun macam Soyu jugak tapi bukan peluk kaki.Masa ni Dasom dia duduk kat lantai pastu dia cakap kata-kata akhir dia kat Kyumin.Masa tu jugak la Kyumin amik tisu yang kat lantai tu pastu pergi kesat kan air mata Dasom guna tisu tu! Uwaah! Tak sangka Kyumin faham yang hari tu last day dorang! Dah Dasom keluar tu Kyumin mula nangis! Tsk,memang sedih gila la.Pagi-pagi lagi mata dah bengkak sebab tengok Hello Baby.Dah la tulis post ni sambil dengar lagu Slow Ballad! Camne la tak turun air mata..

Emotional gila la..Haha!


Monday, 5 December 2011

White Confession!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Hah?White Confession?Aina confess kat sape?Haha,Aina confess kat Infinite! Gyaaah! Infinite White Confession MV dah keluar!Penat tunggu pukul 11 malam! Aaaah! Bila nak tunggu 1 minit rasa macam 1 jam! Haha! Dah tengok dah?Kalau belom,tengok kat bawah ni:



Aaaah! Myungsoo cute!Myungsoo's smile!Aaah,MyungYeol couple pergi shopping! Woohyun pegang tangan budak tu comel! Woohyun comel,budak tu pun comel!
Berat dah mata..Penat tunggu MV White Confession ni keluar...Haha! Bye,nak tidur!

Saturday, 3 December 2011

Puss In Boots!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

                                             

Yeah! Puss In Boots! Haha! Hari ni tengok wayang Puss In Boots lak! Rasa nya cuti sekolah ni asyik tengok wayang je.Sebab tak cuti pegi mana-mana!Jadi kesimpulannya,tengok wayang je la.Haha,orang lain pergi tengok 'Ombak Rindu',Aina tengok Puss In Boots!Haha!'Ombak Rindu' tu mesti banyak meleleh kan? Mak Aina baca novel nye 2 kali,2 kali dia nangis.Baca malam-malam,esok pagi mata bengakak#serius ni.. Haha! Tapi citer ni kucing nye comel! Lagi-lagi mata besar dia tu! Rasa nak cubit je pipi kucing tu!#mcm berani je.. Haha! Tapi Aina tak dapat nak concentrate sangat tengok citer ni sebab tiba-tiba je kepala rasa berat!#hah? Ye,berat sebab pening kepala..#la,tu je.. Haha,hari ni pun dapat beli jam baru! Tapi pakai duit sendiri.Hilang RM 120.. Tapi berbaloi la daripada tak ada jam,baik beli! Jam Purple lagi tu! Haha! 

Friday, 2 December 2011

Gyaah!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Eh?Asal title post ni pelik?Haha,sebab tak tau nak letak title apa..Ah,apapun,#fangirl mood on Gyaah! Infinite White Confession dah keluar!Gyaah!Bang and Zelo Never Give Up MV pun dah keluar!Dah tengok dah?Kalau belum,pergi tengok cepat!Rasanya tak rugi kot.. :P Kalau malas nak cari,tengok kat bawah ni:



Gyaah!Myungsoo kyeopta!Dead bila Myungsoo cakap "Merry Christmas"!Aaaah!Asyik tekan replay je!




Cute Zelo!Tak sangka umur 15 tahun!Masa tengok teaser ingat kan lagu pasal Break Up ke rupanya lagu Cheerful!

Wednesday, 30 November 2011

FanFic Update!!

Assalamualaikum,Anneyonghaseyo!!






Chapter 5 dah siap! Click kat gambar kalau nak baca Chapter 5! Please read and comment!

Tuesday, 29 November 2011

Cube Ent. Daebak!!

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo and Hello!

Siapa tengok MAMA tadi kat Live kat Youtube,put your hands up!Haha!Tapi yang pasti Aina tak tengok. Malas la,tapi tengok jugak update psl MAMA tu kat FB.Tapi tengok tu MAMA tu sikit-sikit je la sebab nak tengok Secret Garden#lagi sekali... Haha!Tak abis-abis ngan Secret Garden!Tapi masa tengok update kat FB tu,Aina terkejut kat satu status ni,Hyuna ngan Hyunseung kiss!OMG!Masa tengok perkataan kiss tu,Aaaahh!Nape tak Junhyung?!#JunAh couple! Tapi sebab tu promotion je kan?Kiss tu tak de makna kan?#pikir positif.. Haha! Ah,lari dah tajuk lak..Yes!Cube Ent. memang Daebak! Banyak award artis Cube dapat! Nak tau tak award apa? Award ni:

Best New Male Artist:HuhGak                                                        Best New Female Artist:Apink                   Best Dance Performance Group:B2ST!!           Best Dance Performance Solo:Hyuna

Walaupun HuhGak ngan Apink tu kat A Cube Ent. tapi tu sister company Cube kan? Haha! Camne pun,Chukahae,Cube!!Yup,yup!Haha! Ni kat MAMA tadi tapi dpt B2ST je la.. :P

Fiction orchestra-Trouble Maker. 


B2ST Best Dance Performance! Uwaah! Yoseob comel! 

Ni pon,sekarang Mak Aina tengah tengok MAMA..Adik Aina,bising je nampak Yoseob!Nampak Yoseob je'Eh!Yoseob!' jerit cam pompuan lak..Haha!FanBoy Yoseob!