Friday 14 September 2012

Cruel dream =_=



Assalamualaikum.


So...malam semalam ada mimpi -,- Mimpi yang TERAMAT la KEJAM =_=

Mimpi nya macam ni...

Masa tu,Aina dengan Mira nak pergi tingkat 4.

Tetiba ada pulak Joker dengan kawannya tu! Muka dorang nampak menakutkan dan serius.

Aina dengan Mira ingat nak amik step ke belakang tapi...dua-dua badan kaku.Macam Joker dengan kawannya tu,tenung kitaorang sampai jadi batu ._.

Bila dah dekat tu,Joker cakap dengan Aina dengan Mira camni,
"Tolong jangan ganggu aku dengan Umi.Jaga tepi kain sendiri,dah la."

Lepas tu,Joker dengan kawan dia tu,blah camtu je ._.

Bangun tidur tu,terus terkejut.

Apa kes ni? Apa hikmah dapat mimpi macam tu? Serious,Aina tak faham LANGSUNG.

Joker nak Aina jauh kan diri dari Umi ke? Sebab..ye la,memang tak dapat dinafikan yang Aina jadi third-wheel dalam hubungan dorang...

Err,rasa nak nangis je la dapat mimpi macam tu T^T Siapa yang tak sedih kalau ada orang suruh jauh kan diri dari kawan baik sendiri? T^T

Harap tak terjadi dekat dunia sebenar.Let it remain as a dream.PLEASE TT^TT

...............

Jangan Joker buat fitnah dah la,untuk menjauh kan Aina dari Umi -___-

Umi,jangan marah :P Aku tahu Joker kau baik :P //'baikkk' sangat kan~ =_=



Bai~

Serious,entry untuk saja-saja je ni -,- Kejam gila Joker dalam mimpi =___=

Thursday 13 September 2012

Awkward | Him... =_=



Assalamualaikum.

Hot story! Hot story!

lol...hot la SANGAT kan~ //rolling eyes
Err,tak ada la hot mana pun :P

Sejak akhir-akhir ni makin aktif nak hapdate -,- Selalunya malas tahap beruang yang tengah berhibernasi tapi sekarang...Hmm,entah la.Mungkin sebab nak luah kan perasaan je kut ._. Atau untuk mengisi masa bosan -,-

So...tadi Umi balik dengan Joker -,- Hmm,okay,normal,nothing happened,masih ada batasnya lagi...

Hahaha,rasa bersalah la pulak ikut dorang dari belakang -__- Macam kitaorang ni bodyguard Umi pulak =_= Ah,Aina,Mira dengan Aisyah la yang ikut dorang dari belakang :P lol,third-wheel~ Eh,bukan third lagi dah! Fourth,Fifth wheel~ Hahaha

Percaya la,kitaorang nampak JAKUN sangat =__=

 Macam tak pernah nampak orang buat macam tu je...Padahal setiap hari mesti ada -,-

Well,orang single kan :P Hahaha,pada asalnya Umi memang single tapi sekarang....Hmm,kalau dah kawan sendiri tiba-tiba couple,first time pulak tu! Mana tak jakunnya! Memang nak tahu aje pasal dorang! Macam tak ada privacy langsung! Tapi kadang-kadang,Umi sendiri yang nak bagi tau :P So,kitaorang dengar je la ~.~

Mira cakap,Aina ni macam mak hilang anak...Eh,silap,nenek hilang cucu =__=

Asal nenek? Sebab dorang anggap Aina ni macam nenek sebab kuat membebel =__= Hmm....pandai la korang...

Ye la,sebab Umi kan dengan Joker so...Aina tak nak la jadi 'penghalang' hubungan dorang tapi memang TAK dapat DINAFIKAN yang Aina memangggg SUNYI...
Sebab Umi tak ada TT^TT

lol,masa balik je -,- Tapi dalam kelas,duduk sebelah-sebelah je -,- Nak jugak berkepit dengan si Umi tu 24/7 :P

Sebenarnya,Aina sendiri pun tak faham kenapa rasa macam ni ._. Rasa macam jauh je dari Umi ._.

Lol,mungkin sebab Umi dah jadi lebih matang dari Aina walaupun Aina lahir dulu sebelum dia ._. Ala,setakat 5 bulan je kot -,-

Tapi macam mana pun,memang Aina lahir dulu dari dia :P

Okay! Tutup cerita pasal Umi dengan Jokernya :P Cerita pasal Aina pulak ~.~ lol...



Hari ni,bertembung dengan 'dia' :P Hahaha,normal,tau -,- Ah,dan 'dia' tak pakai songkok~!

AJKNMSA,MYUNGSOO MUCH!

Serious! Macam Myungsoo masa zaman debut dulu!

Tapi...si Umi dengan Mira ni,macam biasa la,nak sakat jugak -,- Kata muka dia penyek la apa la..Ish,tak baik tau tak -__- Dah Allah nak jadi kan dia macam tu,biar kan je la =_=

Okay,emo tak tentu pasal -,-'

Dan yang buat jantung orang nak tercabut ni,ada ke diorang nak tolak Aina kena dengan 'dia??!!

HOI,HILANG AKAL APA!!

Bukan muhrim tau tak! Tak baik tau tak!

Bila Aina tanya "Asal korang nak buat macam tu?"
Yang si Mira ni selamba je cakap "Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim~"

Hah,banyak la kau punya silaturrahim! Dosa tetap dosa,tau!

Haih,sesak nafas dibuat nya -,-'

Setiap kali nampak 'dia' secara tiba-tiba dan tak jangka pun 'dia' nak ada dekat situ,mesti badan kaku,jantung berdegup laju.

Wah! Ayat bukan main lagi~ Dah macam sajak dah eden tengok ._. lol...

Well,'dia' bukan kenal Aina pun -,- CRUSH la kata kan :P //'crush' ke 'keras'? hahaha,bak kata nisa :P


Okay la,Aina nak sambung buat fanfic -,- Kalau idea datang la :P Kalau tak,baca fanfic je la ~.~


Bai~

Glad that you're happy,my friend :)



Assalamualaikum.


Hah,apa jadah pulak tiba-tiba update masa hari sekolah ni? ._. Hehehe,bukak senyap-senyap ni :P Curi-curi online ~.~ Alang-alang seorang dekat rumah :P

Sekejap je bukak ni :P Setakat nak update je -,-

Semalam dekat sekolah,ada drama! Oh,bukan drama leleh air mata,hingus semua tu! Tapi drama sweet macam nak guling-guling,macam gula-gula yang sampai boleh rosak gigi~

Hahaha...alahai,jelesnya la tengok 'love birds' tu =__= Siapa lagi kalau bukan Umi dengan Joker -,-

Setelah hampir setahun,baru Joker nak buat move dekat Umi =_= Selalunya diam je,cakap pun tak nak -,- Tapi..

AKHIRNYA,semalam memang tercatat la sejarah dekat kalender Umi tu ~.~ Hahaha,dia balik dengan Umi~ Ala,setakat keluar kelas sesama,turun tangga sesama je =_=  Lepas tu,Umi dapat first gift dari seorang lelaki~

Wah! Tengok muka Umi memang bahagia habis! Rasanya tu la first time kot dia rasa macam tu selepas Umi dah break dengan dia beberapa kali -,- Dan,hubungan kali ni alhamdulillah la,Joker tak sakit kan hati Umi lagi....Buat sementara waktu ni -,-

Tapi kalau dia sekali buat Umi menangis lagi,sakit hati lagi,patah hati lagi,memang sah la aku TAK AKAN bagi Joker dekat dengan Umi lagi! Pandang Umi pun tak boleh =_=  //hish,tak akan la sampai macam tu ._.

NO MORE! NO MORE HURTING HER FRAGILE HEART AGAIN! UNDERSTAND,MISTER?!

Hahaha,bajet macam dia baca je =_= Hah,lantak la :P

Tengok Umi bahagia,Aina pun bahagia jugak~ Hahaha,bagus la~!

Tapi kan.....
                rasa sunyi la ._.



Agaknya,nanti Umi mesti dengan Joker je ._. Eh,kejap,Mira pun spesies Aina jugak ._. Sunyi... -,-'

Hahaha,okay la,nak siap-siap pergi sekolah ni! Bai!

Saturday 8 September 2012

Truth or Dare | Them.. =_=



Assalamualaikum.


1st

Hari Jumaat,semalam main 'Truth or Dare'.Lol,mmg best la game tu! Aina mula-mula kena,pilih Truth dulu.
Hmm,dah agak dah =_= Mesti soalan pasal 'dia' -,- Ada ke suruh pilih "Antara Myungsoo dengan 'dia',siapa lagi penting? Maksudnya,yang paling bernilai la,precious,"

PERGH,DORANG NI! MCM TAK ADA SOALAN LAIN JE

Okay,memang lama la nak jawab.Susah...soalan PMR pun tak susah camni..Lol,ye la tu :P
Akhirnya,pilih la 'dia' :P lol,nak buat macam mana -,- Myungsoo tu milik Naeun~ Hahaha,tapi Myungsoo tu pun laki Aina jugak ._.

Lepas tu,bila Aina pilih Dare,mula la dorang suruh shuffle la,menari 'Nobody' la...Oh,buat,memang buat~ Kecuali shuffle =_= Hahaha,eden tak reti nak shuffle -___-

Lepas tu,bila kena Aina lagi,pilih la Truth.

Soalan pasal 'dia' lagi!

WOI TAK ADA SOALAN LAIN KE

Haih,soalan nya macam ni pulak

"Kenapa kau suka 'dia'? Apa sebab kau suka 'dia'? Selain muka dia nak iras Myungsoo.."

lol,muka dia memang ada iras Myungsoo pun :P Oh,eden jawab~! Tapi....jawapan yang merangkumi semua pasal dia adalah....PELIK.
Ya,dia memang pelik,4D,4 Dimensi la senang kata :P Macam Myungsoo jugak,pelik :P


Neuhahaha~ MyungEun ~.~ Edit ni nampak macam real pulak~


2nd

Hari ni Mira ada buat open house.Okay,satu rumah je hari ni -,- Tak macam minggu lepas,3 rumah :P

Okay,tak ada benda apa-apa pun...Normal je =_=

Ah,'Them' ni pasal Umi dengan Joker :P Hahaha,jealous eden baca mesej dorang -,-' Ah,Umi kasi baca :P

Oh,bukan Aina suka Joker tapi interaction dorang terlalu sweet~ Boleh rosak gigi~

Ni yang geram ni! Aina dengan 'dia' TAK MUNGKIN couple,okay~
Hahaha,please,I'm not even joking ._.

Walaupun 'dia' crush Aina,tapi....kita kawan,boleh kan~ Hahaha,kenal aku pun tak =___=


Ah,change blog design lagi~ Hitam! Warna MyungEun~ Neuhahah~ I ship them~ HARD. Nampak warna hitam je,mesti bayang kan MyungEun~ Yes,I'm going crazy cause of them :P Desktop wallpaper pun MyungEun =__=

Oh,fanfic terbengkalai dekat AFF -,- Tak ada masa dan tak tahu nak sambung macam mana =__=

Ah,bai~ .-.


Sunday 2 September 2012

Ceciter :P




Assalamualaikum.

Err,mood nak update blog tetiba datang :P Hahahaha //tak lawak pun -,-

Sebenarnya,tak ada cerita best pun hari ni :P Eh,kejap...Ada kot .-.

Hari ni pergi rumah Rahimah,dia buat besday party.Oh,budak ni dah genap 14 tahun~ Tak sangka dah tua dah~ Neuhahah,padahal eden tua dari dia -,- Ala,beza 3 bulan 6 hari je kot :P

Pergi rumah dia,abang hantar.Pergi dengan Mira,Nisa dengan Syima.Mula-mula datang tu,Rahimah tengah potong kek.Perfect timing la kiranya masa kitaorang datang tu :P Tak ada la kena tunggu lama untuk tunggu kek tu dipotong.

Baru 30 minit dekat rumah Rahimah,Mira dah kata 'Boring la..Tak ada laki hensem pun!'
Wah,budak ni! Nak cuci mata jugak tu! :P

Dah boring tu,gerenti la nak bukak 'kedai kopi' :P Hah,Gosip! Ada je cerita dorang ni...Ada je cerita dekat sekolah yang Aina tak tahu =_= Walaupun satu sekolah tapi jarang la nak hapdate dengan cerita 'hangat' dekat sekolah tu :P

Dok borak lama-lama,April,kakak Rahimah datang dekat kitaorang.Dia cerita pasal lelaki yang baru datang tu.Hoh,lelaki tu bawak kawan dia~ Err,sorang je la :P Kawan lelaki tu pakai baju t-shirt hitam,lengan merah.Wah,dia la yang dapat spotlight dari kitaorang! Mira,Nisa,Syima,Rahimah...err,termasuk Aina la :P

Setiap kali dia masuk dalam ambik makanan,kitaorang pandang dekat dia.Okay,pandang cover-cover ler -,-Mana boleh pandang straight camtu je :P Kitaorang memang spazz habis pasal laki tu! Dah la putih,comel,walaupun tak tinggi sangat tapi kira tinggi la jugak dari kitaorang :P

Memang perfect la!

Adik si Rahimah ni,pergi tangkap gambar budak tu banyak-banyak! Siap tanya nama lagi.Wah,memang digunanya oleh Rahimah nak tahu pasal dia :P

Patut la tak pernah nampak dekat sekolah! Rupanya dia sekolah dekat Shah Alam tapi duduk dekat Meru! La,patut la muka unfamiliar! Form 3 pulak tu! Nama nya pun tahu jugak tapi err....dirahsiakan la ya :P Hahaha,mana boleh bagi tau ~.~

Yang tak tahan nya,adik Rahimah ni pergi cakap dekat budak lelaki tu yang kitaorang ni minat dekat dia.Oh,pandai sungguh budak ni -,- Tapi rasanya,dia perasan kot kitaorang tengok dia lepastu gelak pasal dia ._. Masa dia nak amik makanan dekat dalam pun,badannya kaku.Aik,dah kira tahap stalker dah ni o_o Eeeii,seram -,-'

Hari ni memang jadi GEDIK habis la :P Hahaha,hari ni je -,- Esok,dekat sekolah,gangster balik :P lol

Ah,Hari Jumaat hari tu lagi la! Kitaorang nak pergi rumah Syima.Masa tu pukul 2 p.m. Ingatkan yang lelaki masih solat Jumaat lagi rupa-rupanya....!

Time kitaorang nak jalan kaki pergi rumah Syima tu,dorang baru keluar masjid!

AKJNFFDDHBN MALU GILER!

Siapa yang tak?! Terasa time tu jugak nak gali tanah dalam-dalam! Malu gila! Last-last,kitaorang duduk dekat bus stop depan masjid tu.Tunggu orang tengah sikit.Tapi lagi malu! Duduk dekat satu tempat je! Lagi nampak mukanya!

Lepas pukul 2.15 p.m. kitaorang sambung,gerak balik pergi rumah Syima.

Lol,tahun lepas,nak pergi rumah Syima,hujan lebat,tahun ni,salah timing -,- Well,experience once in a lifetime :P


Bai~