Thursday 31 May 2012

~1,2 Nae Mami~

Comelnya~ *O* Ah,Siapa isteri dia,jangan risau,tak akan ambilnya laki korang ni :P.....Mungkin~ XD

Assalamualaikum~

~Baby steps,baby steps~ lol,lagu tu best pulak :P TTS-Baby Steps~ Hahaha,tau lambat -,- Ah,apa apa pun, HARI NI BORING~ lol,saja caps kan :P Hahaha,serius boring giler hari ni -_____- Oleh disebabkan kebosanan itu la,me went to do folio :P Hahaha,hamik kau,broken english :P Sekali sekala~ Tapi dalam exam tak ada la nak buat macam tu :P Folio tu pun tak siap lagi walaupun dari pagi tadi buat -,- Mana tak nya kalau berhenti tengok TV la,baca novel la,baca manga la,makan la,solat la dan lain-lain lagi yang perlu ditangguh kan :P Kalau berhenti setakat makan,solat tu memang okay la tapi sebab tengok TV,baca manga lepas tu novel pun baca jugak memang tak dapat la nak siap kan folio tu hari ni -,-' Mula-mula memang niat nya nak siap kan folio tu hari ni tapi......nak buat macam mana,manusia jugak kan :P Hati cepat berubah~ :P

Oh ya,Hari ni INFINITE MENANG KAT M!COUNTDOWN!! Wah!! Chukahae,Inpinitue Oppar!!!
~Chuka Hamnida~Chuka Hamnida~Inpinitue Oppar Chuka Hamnida~ Hadiah nya,'menyumbangkan' suara je la ye~ Oh,dengan kasih sayang sekali~ lol,kasih sayang -____- Eh,dah nampak pun Inspirit,fan Infinite mesti la bagi kasih sayang dan sokongan kat dorang kan~ lol,merapu lagi,merapu lagi -,-' Asal malam je,switch merapu on :P

lol,okay la.Untuk mengelakkan diri daripada merapu lagi,eden chao dulu :P Nak baca manga 'AAA' pulak~ Folio tu....nanti nanti la siap kan :P Chao~

Aaaaah,8 hari lagi eden akan tua~ -_______-

Wednesday 30 May 2012

OH MY GYU!!!

Lol,Sunggyu~!! XD

Assalamualaikum~

Kyaaa~!!! Album Infinite tu dah sampai!!! Infinitize dah sampai!! Kyaaa!!! Ayah,jeongmal gomawo!! Aaaaah,Appa neomu saranghae!! Aaaaah,eden kena tenang kan diri dulu *breathe in,breathe out* Okay,baru boleh nafas dengan betul :P

Lol,tak percaya dapat jugak beli album Infinite ni~ Selama ni memang...jangan cakap la,memang tak akan dapat punya :P Tapi disebab kan birthday pun nak dekat,mintak la jugak kat Ayah.lol,ni muka tak tau malu ni -___- Hahaha,nasib ayah approve! Kalau tak,mintak kasut la~ lol,memang sah muka tak tau malu -____- Selamba je mintak hadiah birthday :P

Masa postman tu datang,tengah khusyuk baca Bokura Ga Ita.Dah la tengah feeling cerita lepas tu ada bunyi hon kereta kuat.lol,hamik kau terlompat dari kerusi -,- Memang terlompat pun :P Masa tu macam ada firasat mengatakan bahawa album tu dah sampai.Wah,ayat.. :P Jadi,keluar la bilik,jenguk kat luar tengok ada Pos laju punya van.Okay,memang betul la album tu dah sampai~!! Mulut tu dah senyum dah sampai telinga :P Orang nak maintain cool pun tak dapat :P Bila mak masuk je,mak kasi bungkusan album tu kat Aina.Dah dapat terus masuk bilik,bukak wrapping lepas tu AJSHJFGUHJ!!! Spazz... :P lol,masa tengok album tu senyum sensorang -____- Adik pun mesti pelik.Agak nya kakak dia tu betul ke tidak otak nya :P lol,sabar je la -,-'

Apa apa pun,terima kasih postman sebab hantar kan~ lol...tapi yang paling penting,TERIMA KASIH AYAH sebab sanggup beli kan~ Dan sanggup jugak pergi patah balik rumah walaupun dah lambat pergi kerja masa tu~ Love You Dad so much!! Akan balas balik jasa ayah nanti dengan dapat 8A untuk PMR,insyaallah ^^

Okay la,nak pergi sambung balik baca Bokura Ga Ita tu.Baru sampai Chapter 67 :P lol,dah lama tak baca -___- Chao~!


Tuesday 29 May 2012

~Ling A Ling A Ling~


Assalamualaikum.

Baca title post tu macam lagu Grasshopper Song-Sunny Hill tu :P Hahaha,yang part ~Ring a ring a ring~ *gerak kepala kiri kanan* lol,apa la -,- Hari ni bangun lambat...Pukul 7.12 pagi -____- Selalu bangun pukul 6.10 pagi entah kenapa tah boleh terlajak -___-

Okay,okay stop cerita pasal bangun lambat -,- Hahaha,hari ni pergi Sunway Pyramid dengan famili :3 kecuali ayah sebab pergi kerja.Saja nak habis kan masa lapang :P Pergi sana tak ada buat apa-apa pun.Nak beli barang kat sana harga dah la macam ghaskjfh...Mahal giler -,-' Jadi setakat makan dengan window shopping je la :P Tengok je beg,kasut,baju yang cantik-cantik lagi mahal tu -____-

Masa makan dekat SP tu makan tuboki,takoyaki dengan.....apa tah -,- Tak silap ayam yang cam style Taiwan street food tu...Entah apa tah nama nya -,- Panjang sangat :P Makan tuboki tu,pedas memang pedas tapi ada manis lepas tu sedap~ *O* Dapat jugak merasa tuboki tu~ Selama ni tengok dalam drama Korea je...Kalau Takoyaki pulak selalu tengok anime makan benda ni. Lagi-lagi kalau UFO Baby -,- Si Wanya tu,takoyaki tak habis-habis :P

Ah! Dah pukul 9 lebih! Eden Chao nak tengok 3 Janji~!

Monday 28 May 2012

Vampire~ *random*

Namgrease Influence -____- Yookyung is cute though~ ^O^

Assalamualaikum.

~La,la,la,la~ lol,pergi nyanyi pulak dia -,-' Vampire....vampire dalam BM maksud nya puntianak :P Hahaha,asal dengan Vampire? Err...tak ada apa pun -___- Cuma hari ni dari pagi tadi sampai petang tengok cerita atau baca manga berkaitan dengan vampire je -,- Tak ada benda special pun~ :P

Pukul 6.45 pagi tadi tengok 'Blood Thirsty Prosecutor' dekat astro KIX...cerita nya best la jugak.Best sebab ada vampire~ Hahaha,suka sangat cerita berkaitan dengan vampire -,- Ada satu scene dekat episode tu yang Prosecutor Min tu kena cucuk pisau lepas tu mata nya nyala jadi warna biru lepas tu ada seorang perempuan tu dekat dengan dia lepas tu dia pandang je leher perempuan tu macam dia nak hisap darah perempuan tu.lol,kalau boleh korang baca dengan satu nafas je :P Hahaha,ni kalau cerita dekat Gumi-chi atau Mira pasal benda ni mesti satu nafas -___- Kalau asal spazz je satu nafas -,-' 

Okay,sambung balik :P Masa tu baru terfikir kenapa vampire suka sangat hisap darah dekat leher? Kalau tengok Vampire Knight pun,mesti hisap dekat leher .__. Macam Zero hisap darah Yuuki dekat leher~ *O* Aaaaah,Zero nampak hensem je~ Kenapa la Yuuki tetap nak dengan Kaname .__. Lepas tu Zero pulak kena hisap darah Kaname .____. Tak kisah la Yuuki dengan siapa asal kan dia bahagia~ :P Tapi lagi best kalau Yuuki dengan Zero~! *O* Ah hahaha,okay stop fangirl-ing pasal VK -,-'

Balik pada soalan tadi,rupa nya baru tau yang leher ni ada banyak darah,lepas tu kan leher lembut jadi senang vampire nak hisap~ atau mungkin nyamuk ._. lol,nyamuk tu kira vampire la tu....hisap darah jugak :P Hahaha,lembap jugak aku ni -____-

lol,stop la entry mengarut ni -____- Tah pape tah...nampak sangat tak ada benda nak cerita hari ni.Hahaha,memang tak ada benda pun :P Chao~

Gambar tak berkaitan LANGSUNG dengan post ni :P

Sunday 27 May 2012

Esok cuti lagi la.. -,-' + Random~

Yeol is still a choding! XD 


Assalamualaikum.

Haih,rasa macam dah hentuk kepala dekat dinding seratus kali je -,-' Dari pada pagi tadi sampai sekarang ingat hari Isnin...Lepas tu,sedar hari ni hari Ahad,pergi ingat esok sekolah pulak -__- Masalah betul la..Nampak sangat tak sabar-sabar nak sekolah :P Hahaha,boring la -,-' Nasib beli banyak komik dengan novel,jadi ada jugak la benda nak dibuat.Kalau tak,memang rasa nak guling-guling je sampai rasa bosan tu hilang :P lol,nampak tak kerja gila tu -,-'

Rasanya cuti sekolah ni banyak berangan je la...eh bukan berangan tapi teringat :P lol,entah la .__. Asyik teringat pasal 'Myungsoo' je ._. Masa last day sebelum start cuti sekolah tu,dia punya pandangan macam Myungsoo je~! *O* lol,korang pening kepala kan? Hahaha,'Myungsoo' ni adalah....err.... senang kata crush la :P lol,sebab muka dia ada iras-iras Myungsoo Infinite,tu yang nickname dia Myungsoo tu :P lol,tapi tak tau la kalau korang tengok muka dia ada iras muka Myungsoo ke tak sebab Mira kata tak .__. Tapi tu Mira sorang je la :P sebab Mira ni bukan nya minat Kpop sangat pun -,- Tapi kalau Gumi-chi,dia kata ada la sikit~!

Oh ya,hari ni buat perubahan sikit dekat blog~ ^O^ Hahaha,tukar warna je :P Malas la nak tukar banyak banyak -___-

Okay la,nak tengok Rooftop Prince dengan  mak~ lol,boleh dikatakan spazzing sekali :P sambil makan maggi~ Hahaha, Chao~

TT^TT



Assalamualaikum.

Wei!Wei! Rasa nak nangis je la TT^TT Aaaaah,ayah sanggup buat macam tu! Sanggup patah balik rumah setakat nak hantar reciept je!!

Lol,introduction tu memang emo gila -__- Dah tu,siapa yang tak touching kalau ayah sanggup buat camtu? Sepatutnya dia kena pergi Sarawak sekarang tapi dia pergi bank dulu sebab nak bank-in duit untuk album Infinitize tu.Sebenarnya dah lambat dah time tu tapi sanggup lewat setakat tu je TT^TT Gaaaah,terharunya~!! Tapi kan rasa bersalah buat ayah macam tu ._. Siapa yang tak -,- Aish....BERSALAHNYA!!! Tsk...

Macam ni kena berusah sungguh-sungguh untuk dapat 8A ni!! Untuk PMR dengan last year exam :P Lagi elok kalau setiap kali ujian dapat 8A -,- Tak mustahil kalau berusaha :P Tapi masalah nya eden ni malas nak usaha  -__- Tu je la masalah nya...Kalau usaha tu ada,gerenti setiap ujian dapat 8A :P Hahaha,banyak la kau punya berangan -___-

Ni sekarang kat twitter ni tengah berperang dengan si Nisa ni -,- Tak habis-habis perang nya dari malam semalam -___- Macam sengal je la budak ni -,-' Nak bertekak dengan budak-budak :P Hahaha,perasan diri ni budak-budak padahal nanti nak genap 14 tahun -___- 8 Jun nanti :D Sama dengan JR~! *O* Hahaha,batak   -__-

Okay la,nak pergi sambung perang dengan Nisa :P Chao~

Saturday 26 May 2012

Sweet Holiday~



Assalamualaikum!

Aaaaahhhh,dah setart(start) cuti sekolah!!! Dah boleh spazz puas-puas!! Exam pun dah habis!! Hahaha,sebenarnya semalam ingat nak update blog tapi....sebab malam semalam lagi dah sibuk fangirl-ing jadi...pagi ni baru update :P Malam semalam tidur nak dekat pukul 1 pagi -,- Dari pukul 8 sampai 12 tak habis-habis spazz lagi :P Mana tak nya,sepanjang exam week tu tak dapat spazz :P

Ah,semalam last exam,kitaorang meniru :P Ala,setakat PJK je :P Hahaha,rasa nya cikgu perasan kot tapi tutup sebelah mata :P Main passing-passing information~ lol,Aisyah pun tiba-tiba baik semalam,dia bagi jawapan~ *O* Biasanya dia tak bagi tapi mungkin sebab PJK je dia bagi kot :P Semua orang tanya dia sebab dia budak pandai dalam kelas~ Hahaha,untung duduk sebelah dia~!

ASFGHJ,MYUNGSOO AND WOOHYUN??!!!

Okay,sekarang ni nak spazz pulak :P Kenapa la Myungsoo ni handsome sangat~ *O* Memang tengok video Infinite ni cakap sensorang dalam bilik.Tak sah kalau tak cakap sensorang :P Sekarang ni tengah tengok Ranking King~ lol,kelakar gila XD Myungsoo comment pasal Woohyun~ assfghdk,comel je dia comment~ *O* lol,comment dia cruel la...ke cool :P Hahaha

Okay la,nak pergi mandi :P Nanti nak pergi kenduri la,birthday party la tapi yang pasti memang akan busy hari ni -___- Chao~

Sunday 20 May 2012

Meh,meh,baca buku :P


Tengok gambar ni banyak kali tetap tak jemu~! *O*

Assalamualaikum.

Malam semalam baca buku Sej.Semalam online sampai pukul 9 je lepas tu baca buku -,- Selalu online sampai tengah malam tapi disebab kan exam,jadi memang tak boleh la :P Baca buku Sej memang penawar untuk boleh tidur -__- Semalam tengah elok-elok pegang pensil,bukak buku teks,cari point penting,garis point penting,30 minit lepas tu.....terlelap -,-' Dalam keadaan duduk sambil pegang pensil :P lol,lepas tu sedar 10 minit lepas tu  -__- Tak sampai 1 jam lagi study dah terlelap -,- Ingat nak study sampai pukul 11 malam semalam,memang tak jadi -__- Dah la form 2 punya tajuk tak baca lagi....Hmm,nampak gaya nya lepas zohor nanti terpaksa la offline laptop dan online buku pulak -,-' KHB dengan Geo memang tak baca langsung -,-' Ni mahu nya otak full capacity ni...tak pasal-pasal meletup pulak :P

Ah,tadi pergi tengok blog shop Kpop...Geram nya tengok album Infinitize tu!! >.< Nak sangat sangat sangat!! Untung gila siapa yang mak ayah nya kasi beli barang dekat internet.. -,- lol,jangan terasa ya :P Agak nya kalau mintak album Infinitize tu sebagai hadiah birthday macam mana? Ceh,budak tak tau malu betul mintak hadiah birthday...-,-'

Infinite ada Variety Show baru~Tapi malang betul masa exam -,-' Tak pe,cuti sekolah nanti tengok :P Lepas tu tidur setiap hari pukul 2 pagi~! Lol,macam boleh je -,- Hahaha,okay la,nak study -__- nampak gaya nya tak dapat la tengok Inkigayo -_____- Tak best betul exam ni!! Chao~

Saturday 19 May 2012

Tak ada benda pun.. :P




 lol,Myungsoo! XD

Assalamualaikum...

Malam semalam,eh tak pagi tadi,Aina tidur pukul 2 pagi :P Sebab tengok Music Bank ulangan petang Jumaat semalam...-,-Ni semua sebab nak tengok Infinite -,- Walaupun dah tengok dekat Youtube tapi tetap nak tengok dekat TV...Ye la,skrin laptop kecik,kalau skrin TV tu besar jadi boleh tengok dekat-dekat :P Tak pernah sekali pun tidur pukul 2 pagi -,- Paling lambat pun nak dekat 1 pagi :P Hahaha,budak skema -,- Nak buat macam mana :P

Hari ni pergi tengok shopping mall yang baru bukak dekat Setia Alam tu.Baru je bukak 3 hari lepas kalau tak silap.Opening nya 17 Mei.Pergi masa tu pukul 10 pagi.Pukul 10 pagi lagi dah ramai orang -,- Mentang-mentang la shopping mall baru kan :P Tempat tu memang besar.Nak dekat sama dengan Sunway Pyramid tapi Sunway Pyramid lagi besar la :P Kira-kira separuh dari SP tu.Belum banyak lagi shop bukak dan tak siap sepenuhnya lagi jadi memang buat masa sekarang ni tak berapa....okay lagi la :P Tunggu la lagi 3 bulan tu cantik la tu.Lepas tu nanti mana tau artis Korea datang buat fan meet kat sana ke~ *O* lol,benda tu memang dalam mimpi la -,- Tapi tak mustahil pun kalau boleh jadi :P

Aaaaah,hari Isnin ada exam Sej.. -,-' Tak baca lagi pulak tu.Seni pun tak tau nak buat apa..Dah la Geo tak baca lagi,KHB pun tak baca lagi.. -,-' Malam ni tak boleh la nak fangirl sangat.. Kena baca buku..-,-' Chao~

Friday 18 May 2012

Let me fangirl-ing tonight :P



Assalamualaikum...

Hah...exam Sains dengan BM tadi...Paper hari ni dua-dua paper 2 -,- Macam gwashj...Rasa nak patah je tangan...tapi tak patah pun :P Hahaha,tadi BM rasa nya mesti tah pape yang ditulis nya...dengan tak cukup masa nya,dengan tatabahasa tunggang langgang nya,entah-entah dapat C lagi -,-' Ah,tak elok fikir negatif :P Belum lagi ditanda pun -,-' Sains tadi pun susah jugak.Banyak hentam je :P Entah ikut logik ke tak,tu jangan tanya la -,- Rasa nya main buat je ikut kefahaman sendiri :P

Jadi,malam ni nak release stress exam dengan tengok semua video,fancam Infinite~! Kyaaaa,Myungsoo ni makin lama makin comel la~!! Rasa nak picit-picit je pipi dia! Setiap kali tengok gambar dia,mesti sentuh je skrin komputer ni -,-' Ye la mana tau boleh rasa pipi dia :P lol..-,-' Hidung Myungsoo yang mancung tu pun rasanya macam nak tarik je~!,Hidung Myungsoo nampak comel :P lol,dah tak betul otak nya -,-'

Ah,tak tahu pulak Dalmatian dah buat comeback ._. Selama ni dok la tunggu tapi tak ada news pun sampai bila bukak allkpop baru perasan -,- Lumrah hidup tak dapat bukak laptop setiap hari jadi ketinggalan keretapi :P lol,nanti nak tengok la comeback dorang~!

Okay,nak sambung fangirl-ing! Ingat malam ni nak berjaga sampai 2 pagi la nak tengok Music Bank petang tadi ._. Tengok la kalau larat mata ni :P lol,Chao~!

Sunday 13 May 2012

Aaaah,Pening... -,-'


Assalamualaikum..


Aaaah...pening la kepala..Pening kepala bukan pasal sebab study...walaupun sepatutnya study :P tapi sebab lepas buat treatment resdung tu je :P Hahaha,perkara biasa -,- Tapi sebab dah lama tak buat,tak silap 2 bulan kot..? Jadi memang pening la.. -,- Ni pun masa tengah taip ni macam dalam mimpi je ._. Hahaha,sebab rasa ringan semacam je,macam dalam mimpi tu :P

Hari Khamis ni start exam tapi buku nya tak dibaca lagi -,- Macam dah pandai sangat je tapi padahal nya tak -,-' Buku baca tapi buku lain la :P Komik jugak yang dibaca sebenarnya.. -,- Aish,apa la nak jadi ni :P Rasa nya baru je bulan lepas habis ujian ._. Ni exam balik -,-' Macam ashsijk...Aish,tu la padah nya duduk kelas depan -,- Exam setiap bulan...

Oh ya,pagi tadi,dalam pukul 6.30 tu pergi buat poster~ Poster ff 'On Rainy Days' tu..Saja boring boring :P lol,tapi hasil nya tetap buruk -,- Ni la poster nya :P



Tak nak besar-besar -,- Nanti rosak mata korang :P lol,bukan la..tak cukup ruang :P Kalau nak besar,tekan je gambar tu :P Hahaha,rasa nak gelak je bila tengok poster tu.....buruk  -,-' Bila la nak sambung buat fanfic ni..? Dah berkurun tak update...Cuti 2 minggu tu je la ada  masa nya -,-' Hmm...okay la,nak buat homework :P Tak siap lagi :P Chao~


Rasa macam teruk je pening nya bila tengok Myungsoo ._. Hensem sangat~ *O* Infinite comeback tak lama lagi~!

Saturday 12 May 2012

Kenduri...??? :P




Assalamualaikum~


Aaaahhh....hari ni penat! Sesangat sangat penat! -,- lol,hari ni pergi kenduri...kenduri dekat Melaka.Keluar rumah pukul 8.30 pagi sebab dari Meru ke Melaka tu kira jauh la jugak :P Walaupun 3 jam tapi merana duduk dalam kereta -,- Dengan boring nya,dengan sakit sebab duduk nya :P Dah la pakai baju kurung lepas tu kainnya ketat..dah nak 'split' kaki pun susah.. -,-' lol,paham la korang split kaki tu macam mana :P Sepanjang dalam perjalanan nak pergi tu,mula la termenung,berangan sambil pandang awan :P lol,berangan pasal apa tu memang rahsia la :P


Bila sampai tu,macam biasa la makan,tunggu mak ayah habis bersembang lepas tu balik! Tapi balik tu bukan balik rumah terus,pergi window shopping~ Hahaha,memang menaik kan semangat :P Hamik kau sampai kat Mahkota Parade je,terbeliak mata :P Banyak nya la benda yang meminta untuk dibeli.. -,- Tapi tak beli pun :P Setakat window shopping je.. -,- Ah,masa masuk MPH tu,nampak satu novel ni yang Aina teringin sangat nak beli~! Memang pada asalnya nak beli tapi....tak boleh sebab minggu depan exam -,- Hurm...nak buat macam mana..Kalau beli kang,bukan buku Sej,Geo yang dibaca tapi novel -,-' Mahunya,sekali baca movel tu gerenti buku lain tak sentuh..Jadi,lebih baik tak payah beli kalau nak gred tu naik -,-'


Oh,lupa! Blog dah tukar~ ^^ Tapi rasa nya bertambah buruk la.. -,- Makin lama makin buruk .__.  Hahaha,tengok la kalau ada masa tukar lagi :P

..................

Otak blank...tak ada benda nak cakap lagi :P Chao~

Friday 11 May 2012

Kyaaa~!



Assalamualaikum~


Lol,jarang betul nak update hari Jumaat..Biasa Sabtu Ahad je.. -,- Hari ni macam rajin pulak :P Lol,ye la tu -,-' Oh ya,tadi bukak tumblr nampak pasal Infinite punya teaser yang baru tu dah keluar~! Apa lagi,terus tengok la! Kyaa~! Tak sangka!! Awal-awal lagi lagu tu main,mesti dapat agak yang lagu tu best! Myungsoo pun nampak comel je walaupun muka dia macam tengah bengang masa tu~! Patut la hari ni tiba-tiba terfikir pasal Infinite comeback tu :P Tapi kan.....Kenapa la buat comeback masa tengah-tengah exam ni -,-' Walaupun exam next week hari Khamis,tapi time tu jugak la dorang buat comeback -,-' Memang agshjjk... :P Tak syok nak fangirl-ing macam ni -,-



Ah,Apink pun ada buat comeback jugak.Tak tau pulak dorang nak buat comeback ._. Serius tak tau ._. Masa tengah tunggu buffering Teaser tu,tengok la dekat tepi yang penuh dengan video lain tu//harap korang faham :P .Lepas tu,nampak satu video ni kata 'Apink Hush MV'...Rasa pelik la jugak,kenapa tak pernah tengok pun MV tu,rupa-rupa nya memang tak pernah tengok sebab MV tu baru lagi dan di released masa hari sekolah -,- Patut la...Tapi kenapa tak pernah tau pasal Apink nak buat comeback bulan 5 ni .__. Mungkin terlepas pandang kot..Ye la,hari sekolah mana boleh bukak laptop -,-'


Agak nya bila pulak BEAST nak buat comeback .__. Kata nya bulan 5 jugak ._. Entah la,kita tunggu je la :P
Okay la nak sambung fangirl-ing~! Chao~

Sunday 6 May 2012

Randoms Things :P


Assalamualaikum...

Hari yang boring dan membosankan -,- Jadi...ni entry melepaskan kebosanan :P Pagi tadi bangun je bukak laptop lepas tu termenung je...Tak tau nak buat apa :P Last-last tengok anime yang dibookmark kan tu :P Tengok Vampire Knight ^^ Zero-sama~! Kaname-sama~! lol... -,-' Walaupun manga nya dah baca tapi tak habis lagi :P Baru chapter 26 -,- Entah la,dah lama tertangguh :P Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak tengok anime ni tapi.....selalu je lupa -,- Maklum la,pelupa :P Tu yang dapat gelaran nenek tak tentu pasal dekat sekolah tu -,-'

Sebenarnya dekat sekolah tu,kawan-kawan Aina ada buat family tree.Aina jadi nenek,Mira tu jadi anak Aina lepas tu anak Mira tu Gumi-chi dengan Wani -,-' Lepas tu ada lagi tapi malas nak taip :P Hahaha,entah apa tah dorang ni -,- Masa bila kahwin pun tak tau...tiba-tiba je dapat cucu :P lol,mengarut betul la dorang ni.. -,-' Kalau nak ikutkan,hari ni tak online tweet pun .__. Entah la,mungkin sebab baca novel sambil tunggu buffering tu kot sebab tu la tak online :P Hahaha,tapi kalau tak online pun,bukan nya jadi masalah besar :P

Novel yang Aina tengah baca sekarang,'Hikayat Cinta'.Novel ni menarik perhatian pun sebab cover dia ada tulis 'basketball'.Aina ni memang minat bola keranjang ni cuma tak pernah ada peluang je nak main :P Dekat sekolah pun mana ada kelab bola keranjang -,- Kalau ada,gerenti masuk! Tapi...rasanya mesti untuk lelaki -,-' Novel ni memang kelakar la! Sehelai muka surat tu tak sah kalau tak gelak sebab mesti gelak jugak! Gelak guling-guling kau! Perempuan nya tu memang selamba dan blur! Kadang-kadang macam rasa watak tu lebih kurang macam diri sendiri pun ada .__. Lol,perasan betul budak sorang ni -,-'

Hahaha,okay la.Rasa nya homework tu berlambak.Karangan tak siap lagi pulak tu -,- Chao~

Saturday 5 May 2012

Novel -,-

          

Lol,Sungyeol! XD

Assalamualaikum.


Sejak dua menjak ni,memang dah jadi novel maniac dah....Kejap,rasa nya korang dah tau kot..? Entah la. Tapi  kan tak pernah-pernah pulak nak beli novel selalu. Macam sekarang ni,sebulan sekali :P Hahaha,normal la tu :P Tapi selalu mak yang beli..Aina ni tumpang baca je :P Tak pernah pun nak beli novel tapi kalau komik tu,ye la :P Pantang asal ada komik baru je,terus beli -,- Teruk.. -,-' Baca novel pun elok jugak sebab alang-alang tu boleh la jugak belajar kan.Dah la Bahasa Melayu teruk -,-' Ujian 1 BM dapat C.. -,-' Tapi Ujian yang kelas A-F tu dapat B+,78,okay la menaik la jugak kan :P


Oh ya,sekarang ni ingat nak baca novel dengan manga je la.Malas rasa nya nak online twitter,facebook dan lain-lain lagi :P Dekat 'bookmark' tu dah berapa puluh manga dah dibookmarkan tapi tak di baca-baca -,- Ni semua sebab malas :P Tengok la fanfic tergendala tu -,-' Aish...Teruk betul Aina ni...Nampak gaya nya memang benda-benda semua ni akan dibuat masa cuti 2 minggu tu la~ Tu pun kalau rajin,ada mood dan tak pergi melancong -,- Kalau pergi melancong memang dah sah-sah la tak online :P Tapi rasa nya tak pergi mana-mana.....kot? Entah la :P


Okay la,nak pi sambung baca novel :P Bai~