Sunday 29 April 2012

Happy Birthday~!


Assalamualaikum~


Siapa punya hari jadi hari ni? Siapa? Siapa? Kalau ada,cuba tayang muka,nak wish :P Hahaha,hari ni sambut birthday Abang dengan Mak Usu dekat rumah.Bukan party tapi cuma gathering je.Macam biasa la hari Ahad,family gathering :P Sebenarnya birthday Mak Usu dengan Abang dah lepas...tapi tak la lama mana pun -,- Mak Usu,25th Abang 27th,hari ni 29th jadi,tak la lambat mana pun :P

Ni kek nya ^^ Kawan Mama yang buat~ Moist Chocolate with Lemon Fringe~ 

Tak sangka abang dah 22 tahun -,- Dah tua rupa nya :P Lol,tak la tua mana pun -,- Jarak umur Aina dengan Abang 8 tahun~ Hahaha,jauh gila! Tapi dengan adik,2 tahun je -,- Tu yang tak aman tu :P Kek Mak Usu pun ada tapi tak snap gambar pun :P Malas...tengah layan sepupu-sepupu yang kecik comel tu :P Kebanyakan nya masih lagi budak tadika jadi...memang Aina jadi budak tadika jugak la :P Hahaha,perasan muda -,- Apa salah nya,sekali sekala :P Lol...


Okay la,nak ready presentation Sejarah untuk esok -,- Satu benda pun tak buat lagi -__- Dah la esok pulak tu kena present! Teruk betul Aina ni -,-' Hahaha,Chao~

Saturday 28 April 2012

Obviously...*random* :P

Gorgeous *O*
Assalamualaikum~


Hari ni pergi Alam Sentral nak beli phone baru....bukan untuk Aina tapi mak Aina -,- Entah bila la agaknya nak tukar phone ni :P Tak aci dapat beli Samsung Galaxy SII!! T^T Warna putih pulak tu! Nak la jugak~ Hmm,nak buat macam mana kan? Bukan jodoh...Tak pasal-pasal jodoh pulak :P Ah,tapi tapi tak apa la sebab hari ni pun dapat beli headphone beats tu~ Hahaha,setelah penat lelah membodek ayah,dapat jugak :P lol,tu pun bukan original pun -,- Kalau ori memang tak dapat la :P


Oh ya,masa hari Isnin tu dekat sekolah ada buat SEGAK....Nak kata penimbang dekat sekolah tu rosak,tak jugak,nak kata tak rosak pun,tak jugak.Hah,pening la tu :P Lol,bukan apa sebab tiba-tiba je berat badan 45kg .__. Tak ke pelik tu? Lepas tu tinggi 159cm..okay,tinggi tu kira normal la :P Tapi berat tu yang tak percaya tu! Tak pernah-pernah berat kurang dari 50kg,tiba-tiba kurang pulak.Dari darjah 5 lagi,berat maintain je 50kg atau pun 53kg tak pun 55kg tapi bila from 2,berat 45kg pulak .__. Time tu jugak la timbang banyak kali sebab mana la tau kalau penimbang tu rosak ke.. :P Rupa-rupa nya tak.. -,- Okay la turun kan tapi macam banyak sangat :P Agaknya betul la yang ayah cakap Aina dah kurus.. :P Tapi bila dah kurus sangat ni tak best la pulak -,- Mak dengan Ayah dah suruh Aina makan banyak-banyak sebab kurus sangat -,-' Tapi kalau gemuk,jadi satu masalah jugak..Senang cerita,makan macam biasa je la :P


Sekarang ni bilik tengah bersepah sebab seni -,- Ahah,semalam hari Jumaat,cikgu seni suruh buat imitation komik tapi semalam pulak Aina bawak komik yang salah...tak jugak salah sebab dalam Gempak tu pun ada komik jugak kan? Walaupun dekat bilik ni ada lebih 100 buah komik tapi bawak Gempak jugak sebab takut komik tu nanti cikgu suruh koyak ke,apa ke..Ye la,sayang kata kan :P Rupa-rupa nya cikgu suruh buat imitation.. -,- Rugi je tak bawak komik-komik tu...Balik sekolah je,bukak almari komik,Ceh almari konon..setakat satu row cupboard je :P Keluarkan semua lepas tu cari gambar komik yang ada penegasan -,- Lama jugak la nak cari.Dari pukul 8 malam sampai 11.30 malam,duduk je la dalam bilik tu.Setelah dah di short-list kan,try la nak lukis sebelum lukis dekat drawing block tapi sampai sekarang tak tau nak pilih gambar yang mana -,-


Aaaaah,perut lapar..Lepas makan,baru buat seni la :P Chao~

Sunday 22 April 2012

Pelik oh Pelik :P

Kawaii~ *O*


Assalamualaikum~


Pelik oh pelik... Apa yang pelik nya,Aina sendiri pun tak tau :P Hahaha,suka sangat sebut ayat tu -,- Nak ikut kan diri sendiri pun pelik jugak :P Tak,serius,memang pelik .__. Ha,mula la tu intro merapu :P


Oh ya,hari ni sepupu-sepupu Aina datang lagi :P Hari Ahad biasa la buat gathering family belah mak :P sebab atuk pun duduk dekat Subang je.Jarak Meru dengan Subang tak jauh mana pun :P Hari ni jadi budak-budak -,- Main tembak-tembak,ikat rambut macam stail budak kecik lepas tu lawan menangis dengan budak umur 1 tahun,Atiqah :P lol,Aina tak menangis cuma ajuk cara dia nangis je :P Atiqah nangis sebab takut dengan jiran sebelah -__- Entah apa yang menakutkan dekat Pak Cik jiran sebelah pun Aina tak tau.Yang Aina tau dia tu baik dan tak jahat :P Mungkin macam mafia gangster sikit kot stail dia o.O Tapi nak ikut kan,pak cik sebelah tu memang ada gaya macam mafia gangster sikit la .__. Lol,jahat betul -,-'


Tadi baru habis tengok anime 'Spirited Away'.Cerita tu movie.Dah lama dah,tahun 2001 :P Anime dulu-dulu banyak best,sekarang ni pun sama tapi macam kurang -,- Shoujou pun kurang -,- Cepat la Maid-sama season 2..eh,ada ke? o.O Selamba je cakap ada season 2 :P Okay la nak pergi buat homework~ Chao~!

Saturday 21 April 2012

Hari ni...

Ren! Comel nya *O* Tiba-tiba rasa ngantuk pulak tengok GIF ni -,-'


Assalamualaikum~


Seperti yang disedia maklumkan,hari ni sekolah ganti bagi cuti Aidiladha nanti.Hahaha,jadi pemberita sekejap :P Hari ni pergi sekolah tak macam biasa.Kenapa? Sebab hari ni pergi sekolah pagi dan bukan petang macam selalu :P dan tak belajar pun.Hari ni dekat sekolah buat karnival so,okay la kan dari belajar lepas tu datang petang -,- Eden tak sanggup nak pergi sekolah petang bila hari Sabtu :P Memang tak sanggup -,-' Pagi tadi pun dekat sekolah tak buat apa-apa.Aina,Mira,Anis dengan Gumi-chi setakat jalan-jalan round sekolah lepas tu duduk termenung macam orang tengah fikir masa depan :P Ye la tu fikir masa depan -__-


Lepas tu nak dekat pukul 11 masuk dalam dewan sebab nak bagi hadiah dekat pemenang yang masuk pertandingan-pertandingan yang ada dekat sekolah masa karnival tu dan time tu jugak la Gumi-chi,Nisa,Amira jadi 'batrak' sikit :P lol,batak sebenarnya :P Batak apa? Amik gambar :P Lol,tak ada la batak cuma saja nak jadi kenangan :P Masa tu banyak mata yang memandang kat arah kitaorang sebab macam monyet -,- Bising lepas tu tak boleh duduk diam :P Hahaha,budak-budak la kata kan :P Lepas tu,balik :P


Oh ya,minggu ni dapat kertas ujian tu tapi baru 3 je :P Belum semua lagi.Buat masa sekarang ni okay la result nya walaupun dah ada C dah -,-' Tapi selagi tak ada gagal tu okay la :P Okay la,malam ni rasa nya nak tidur awal la -,- Penat secara fizikal,mental,jiwa dan badan :P Lol,terlebih sudah :P Hahaha,Bai~  \(^o^)/

Sunday 15 April 2012

Ujian.. -,-'

Assalamualaikum~

*O*
Hak!Hak!Hak! Esok Ujian! Tapi untuk kelas A sampai F je.. Tak adil betul :P lol,merungut macam mana pun tak akan dapat ubah kenyataan yang esok ujian :P Hahaha,dah tau esok ujian tapi tak baca buku pun :P Pergi tengok Lovely Complex tu ada la :P Akhirnya! Dah habis dah episode akhir LoveCom tu! Hahaha,lepas ni nak tengok Spirited Away pulak :P Tu pun anime jugak tapi movie.Tak tau pulak komik 'Cinta di Hutan Kelip-kelip' tu jadi movie.Serius tak tau :P Tadi tengok pun terkejut.Tau tak komik mana ni? Komik ni hah


Lol,tak sangaka dah lari topik pulak :P Cerita pasal ujian tapi dah melalut sampai anime,komik -__- Ni asyik komik dengan anime je buku nya tak reti nak baca :P Hahaha,lepas ni nak baca la ni :P Hahaha,bai nak study~ :P

Saturday 14 April 2012

Ppoing,Ppuing,Pyon~

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo!


MyungYeol *O*


Ppoing,Ppuing,Pyon~ lol,apakah.. -__- Hahaha,boring la :P Tak tau nak buat apa jadi update la :P Okay,perkara biasa -,- Sebenarnya ni patut nya sekarang ni pergi baca buku sebab hari Isnin sampai Rabu ada ujian.Tapi ujian untuk kelas A sampai F je :P Bukan semua..Aina kelas C jadi memang sah la kena amik ujian tu  -,- Setiap bulan nanti mesti ada ujian untuk kelas A sampai F... -__- Kira nak jadi kan budak-budak kelas tu pandai la untuk menaikkan peratus bila Final Exam nanti...Tapi itu pendapat cikgu kalau pelajar....memang hampeh la -,-' Ada ke kelas A-F je patut ada ujian setiap bulan? Tak adil sungguh! Lol,serius,memang tak adil walaupun untuk kebaikan sekolah jugak .__. Nanti kang tak pasal-pasal meletup otak sebab sarat dengan pelajaran :P Hahaha,tapi buat masa sekarang ni tak ada berita pun otak meletup sebab study :P


Sekarang ni tengok anime pulak,Lovely Complex :P lol,tau lambat tengok -,- Cerita tu start tahun 2007 tapi baru nak tengok sekarang :P Hahaha,lantak la.Entah la,sekarang tak tau nak tengok drama Korea apa walaupun banyak yang best tapi malas nak tengok..sebab tak ada mood :P Lovely Complex tu setiap episode mesti gelak guling-guling macam orang gila :P Sebab kelakar XD Dah la Risa tu suka buat muka! Memang kelakar la! Suke tengok Risa dengan Otani gaduh :P


Lovely Complex ni ada dua,anime dengan live action.Manga pun ada tapi tak baca lagi :P Nanti ada masa baca la :P Aina dah tengok dua-dua nya dah tapi anime baru episode 16 :P Live action,Otani memang cute,comel,kawaii,kyeopta la! Lol,semua maksud nya sama -,- Dah la Otani tu kecik je lepas tu perangai macam budak-budak! Aaaaah,comel nya >.< Masa tengok live action tu,kena balut kepala dengan tuala sebab takut jerit :P Nanti kang tak pasal-pasal ada orang sakit jantung :P Lol,selalu kalau nak fangirl memang balut kepala dengan tuala pun...


Okay la,nak sambung tengok Lovely Complex~  \(^o^)/

Sunday 8 April 2012

Sick...Hate it -,-

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo~


His dimple *O*

Aaaaah!! Tak best,tak best,tak best!! Demam...eh tak bukan demam,Asthma -,- Aish,nak pergi sekolah esok! Tak nak MC! Lol,orang semua syok dapat MC,dia tak pulak :P Oh ya,memang tak suka  -,-' Nanti mana la tau ada benda yang best terjadi kat sekolah esok kan? Tapi kalau tak ada pun,normal je la :P Tadi pergi clinic,macam biasa,kena gas :P Oh,setiap tahun kena -,- Nampak sangat oxygen tak cukup :P lol,serius ._. Pakai inhaler pun tak cukup.Sepatutnya kalau pakai inhaler tu boleh tahan 4 jam tapi...first time pakai tahan 3 jam,2nd time pakai tahan 1 jam -,- Ish,ish,ish...teruk betul :P Tu yang pergi clinic amik gas tu.


Okay,ubat...memang banyak la.Tak payah cakap :P Setiap tahun mesti kena telan lebih dari 10 biji tablet yang berlainan jenis -,- Sebab kadang-kadang satu jenis tu kena makan 2 biji.Tu yang banyak tu.Sakit tekak nak kena telan banyak sangat pil :P Hahaha,ni sekarang taip dah tak nafas berbunyi macam tayar pancit dah :P Dah elok tapi tak 100% sebab paru-paru sebelah lagi masih block oleh kahak-kahak yang tak reti nak keluar -,- Tadi pakai gas dekat clinic tu pun,paru-paru sebelah clear tapi sebelah lagi tak sangat -,- Aish,esok kalau pergi sekolah memang semput la sebab kelas kat tinggat 3 -,-' Hmm,harap-harap esok condition baik la.Insyaallah.


Ah,tadi tengok MBLAQ Hello Baby last episode.Serius,sedih T^T Nak ikut kan,episode akhir Hello Baby selalu nya sedih tapi bagi Aina la,Sistar Hello Baby punya last episode paling sedih T^T Masa tu nangis memang tak berhenti tapi season lain pun nangis jugak la :P Masa Leo patah balik pergi dekat MBLAQ,tisu dah berkotak-kotak habis :P Lol,nampak sangat tipu nya...Hahaha,tapi tetap nangis jugak :P Agak-agak nya lepas ni siapa pulak yang masuk Hello Baby ni? Tak rasa Infinite atau B2ST kot..? Hahaha,agak nya la sebab dorang busy :P Tapi mana la tau kan...


Okay la,nak pergi makan ubat lepas tu kemas beg lepas tu tidur :P Hahaha,Bai~


ABPBH hari ni...nampak nya tak ada la tengok -,-'

Saturday 7 April 2012

Nothing Over~

Assalamualaikum,Annyeonghaseyo!

Lain muka JR ._.
~Nothing over,nothing over~ lol,berkaroke pulak malam-malam ni -,- Hahaha,nak hilang kan stress...stress apa? stress nak buat oral english -,-' lol,susah tau tak.Lagi-lagi dalam english..Kalau BM tu okay lagi walaupun tatabahasa tu tunggang langgang tapi selagi dapat isi tak apa  //eh?ye ke? tapi kalau english ni...nak dapat isi,payah la -,-' dah la hari Isnin start..Siap suruh baca depan kelas lagi -,-' lol,harap-harap tak jadi la :P


Oh ya,sepatutnya hari Ahad minggu lepas nak update blog.Masa tengah update tu,tiba-tiba blackout  -,- Memang hampeh la...Internet pun tak ada -,-' Satu taman blackout.Memang jadi earth hour jugak la time tu :P Blackout start pukul 9.30,ada balik pukul 11.30.Lol,dah lebih satu jam :P Tapi masa blackout tu tidur awal,pukul 10.30 :P Siap berbalut dengan 2 selimut lagi walaupun elektrik tak ada -,- Panas tu memang la tapi tertidur jugak :P


Minggu sekolah minggu ni.....just speechless :P Hahaha,banyak drama,banyak kejutan,banyak bukti dan banyak....soalan hati dah terjawab :P lol,tu pun jawab sendiri....kebanyakan nya la :P 80% tu sendiri,20% tu kawan dan orang lain :P  Baru hati rasa lega bila dapat tengok bukti depan mata.Tak ada la asyik nak dengar orang cakap tu,ni tapi diri sendiri tak pasti sama ada itu betul ke tak..lol,apa yang aku merepek ni..


Aaaaah,rasa nya malam ni pun nak tidur awal la -,-' Asthma datang balik...Walaupun pun tak buat apa-apa aktiviti tapi tetap Asthma jugak sebab berpunca dari batuk dan selsema pada waktu yang sama.Lol,korang faham tak? Hahaha,faham-faham kan je la -,-' Nak explain tak reti la pulak :P Lol....Setiap tahun sekurang-kurangnya sekali mesti kena pergi hospital sebab ni la..Amik gas kat hospital..Kejap,tak hospital pun klinik la sebab kat sini paling dekat pun klinik :P Tahun ni belum lagi tapi boleh agak pertengahan tahun punya -__- Selalu macam tu :P Lol,nak tulis entry ni pun,nafas pun dah berbunyi-bunyi macam tayar pancit :P


Hahaha,okay la,nak pergi cuci pinggan..Atas meja penuh dengan cawan dan pinggan -,- Bai~