Friday, 17 January 2014

Kesukaran orz




Assalamualaikum.


Fuhh fuhh.....tak sampai sebulan jadi budak form4 tapi dah rasa susahnya orz

Mana tak nya....cuti tiga hari tapi cikgu bagi homework mcm cuti sebulan! Tak dapat bayangkan kalau cuti seminggu, tah tah cikgu bagi homework untuk setahun orz

Homework semua sains - Bio, Chemist dgn Fizik

Nasib jugak addmath dgn math takde....tu pun benggang jugak sebenarnya addmath sampai sekarang tak belajar belajar =4=

Jeles tengok orang dah belajar addmath ;;;;; nnt kang mesti laju je belajar sbb dah lambat. Bio pun baru semalam cikgu masuk, hambik kau, semua benda dia campak kat kitaorg mcm kitaorg ni robot aje boleh faham satu topik dalam sehari.

Masa first first tahu dapat kelas Sains Tulen ni, mula mula rasa nak mohon tukar kelas Akaun tapi...banyak prosedur pulak nak kena buat, dah la diumumkan boleh tukar kelas tu lambat. Bagitau hari tu, esoknya last buat permohonan. Dah la tak sampai seminggu lagi dalam kelas Sains, belajar pun tak lagi.

Tapi, kita redha je la. Belajar Sains pun okay jugak sebenarnya....cuma kena kuat dari segi fizikal dan mental orz usha usha buka Bio tadi, pehhhh pening baca nama nama cell yang putar belit tu. Chemist pun sama jugak, dengan nama nama kimia nya, Fizik ni pun....ala ala math so....pehhhh

Macam mana pun, kat dunia ni kalau nak berjaya kena usaha dulu kan? So, terima je la....mungkin cabaran kan? Belajar benda benda ekstrem ni memang best sebenarnya =4=

Haaa, okay lah, lepas ni nak pergi rumah Mira amik buku teks Bio. //pe jadah la sekolah tak cukup buku teks 


Good-bye~


p/s: result untuk pmr biasa biasa je =3=