Saturday 30 June 2012

Bored night... -,-

Ah...Panda-chan is bored too -,-....Agaknya :P

Assalamualaikum.

Aaaaahhh......Boringnya malam ni -,- Timeline dekat twitter pun slow -,- Gumi-chi ni pun.....orang hantar mesej tanya esok pergi sekolah ke tak,tak dibalas-balasnya....Tak ada kredit la tu agaknya :P Kalau tak balas jugak dalam masa sebelum Aina tidur,maknanya tak pergi la tu :P Hahaha,sebenarnya malas tapi saja je tanya :P Mana la tau kalau Gumi-chi tu ubah fikiran ke nak pergi ~.~ Tapi.......Mira tak pergi so...memang tak pergi la -,-'

Alahai,sejak dua menjak ni memang PinkFinite je moodnya -,- lol,entah la,macam banyak sangat persamaan dorang ._. Walaupun interaction tak ada la banyak mana.......err,mungkin kut .__. Tapi ada la jugak kan :P Aina ni duk la tengok gif yang dorang dekat 'Apink News 3' tu.Balik-balik tengok MyungEun -,- lol,entah la .__. Kejap tengok macam Myungsoo ni asyik pandang Naeun je tapi....tu mungkin perasaan je kut o__o Aaaaah,entah la!!! Tak payah fikir sangat -,- Tak ada kaitan pun dengan dunia akhirat nanti :P

Ah,cakap pasal PinkFinite ni...Hoya dengan Eunji berlakon dalam sitcom 'Reply 1997' kan?? Tadi baru tengok chart yang relationship connection apa tah -,- Aaaaahhhh.....Ingatkan Hoya dengan Eunji ada love line rupa nya....Kawan je!! lol,kira okey la tu -,- Ada la jugak connection :P Haih....nak jugak PinkFinite -,- My PinkFinite fantasies forever in my heart~

Lol,okay la nak pergi cari ubat nyamuk -,- Geram pulak tengok nyamuk-nyamuk ni berterbangan dan hisap darah orang ni :P Dah la bilik gelap sebab lampu rosak....Hmm,lagi la nyamuk suka -,-' Chao~

Friday 29 June 2012

Spazzing hard :P

The heck,such a too much so freaking cute~!!

Assalamualaikum.

Petang tadi Aina tengok MuBank dengan Mama :P Okay,memang fangirl-ing habis...dah la mama pun sama..memang nasib baik je la rumah tak roboh sebab asyik terjerit je :P lol,lagi-lagi kalau masa Teen Top dengan Infinite,memang ajnsd la :P

Masa Teen Top preforms 'Crazy' tu,mama dah start fangirl dah -,- lol,agaknya mama minat Teen Top kut .__. Tapi mungkin minat lagu je kut .__. Entah la tapi rasa nya mama tahu lagu crazy je :P Ah,masa Infinite nyanyi lagu 'The Summer' tu,AJBNSASHB,MYUNGIE WAE SO FREAKING CUTE ;__; Lol,gila tak comel si Myungsoo tu~ *O* Masa camera buat shot dekat,dia dengan senyuman dia yang macam sinis sikit tu~ AHBJKSD!!! Lepas tu,masa tu memang fangirling habis sampai tercakap "Aaaaahhh!! Myungie senyum!! Habis panas muka!!" lol,macam tu la .__. Mama tiba-tiba je cakap "Eleh.....kalau mama,lebih baik pilih yang tu *tunjuk Hoya* sebab kalau dia menari,lincah aje" lol -_____- Mak dengan anak gaduh pasal bias :P lol,bukan gaduh mana pun,setakat gurau je :P Lepas tu mama kata apa tah tapi yang Aina dengar,".....kan senang,tak payah gaduh-gaduh..." Agaknya mungkin tak payah gaduh-gaduh sebab bias lain-lain kut .__. lol,entah la -,-

Oh ya,tadi baru tengok yang cut yang Infinite dengan Apink dekat 'Apink News 3' tu.Aaaaahhh, akhirnya,PinkFinite~ *O* Okay,jujur memang Aina ship PinkFinite~ Tak kisah la siapa dengan siapa selagi Apink dan Infinite~ Kejap,TeenFinite pun eden ship jugak ye~ lol masa Woohyun jumpa Bomi tu!! Bomi malu,Woohyun pun senyum-senyum malu~ Alahai,mesti malu kan~ lol -,- Lepas tu,err mungkin perasaan je kut tapi Si Myungsoo ni macam asyik pandang Naeun je~ AJAHADKS,MYUNGEUN~ *O* Mula-mula nampak la jugak dia tu curi-curi pandang si Nauen lepas tu bila Myungie duduk depan Nauen tu macam...... control je .__. Macam comel je tengok Myungsoo dengan Nauen ni~ *O* lol,agaknya sebab Naeun tu rambutnya long wavy hair dan innocent,pure....ala,macam girl type Myungsoo tu la -,- So...mungkin kut .__. Ah,entah la -,-' Eh,kejap....MyungYeon pun Aina ship jugak :P lol,nak juga menyelit MyungYeon :P

lol,okay la nak pergi tengok fancams :P Chao~

Just......again......namja :P

The same thing me want to do when met him -,-

Assalamualaikum.

Yup,yup *angguk,angguk* hari ni tak pergi sekolah :P Bukan sebab malas ke apa sebab pagi tadi ada Hari Kemuafakatan dekat sekolah atau dalam kata lain,report card day la :P So,memang petang ni tak ada la sekolah~Aina tak ikut papa pergi sekolah sebab papa nak terus straight pergi kerja so.....memang tak tahu la apa yang cikgu gosip pasal Aina ni :P lol,banyak la gosip -,-'


Ah,masa hari Rabu tu kan memang hari yang.....paling.....rasa macam nak gali lubang,nak sorok muka je!! lol...Eh,serius ni!! Tak apa kes tah si 'Myungsoo' ni masa rehat,ringan kaki dia pergi naik tandas dekat atas!! Okay,mungkin tandas dekat bawah tu rosak ke apa kut tapi....kenapa pulak dia nak ikut kawan dia??!! Selalunya dia ni mana nak ikut sangat kawannya tu tapi masa hari tu.......Okay,tu hak dia,lantak la nak ikut ke tak nak -,-' Aaaaahhhh,kan dah si Anis,Mira dengan Gumi-chi tu bahankan Aina masa tu!! Nampak 'Myungsoo' terus cepat-cepat turun ke bawah!! Gila wei,memang terkejut! Tak sedia lagi dari segi fizikal dan mental nak jumpa dia secara mengejut,okay! Memang time tu jantung tu dah tak betul dah,badan ni memang menggigil macam baru lepas jumpa hantu je padahal crush tu -,- Alahai,dorang semua kata nampak obvious gila yang dia tu crush Aina -,-' Mana tak obvious kalau dah react macam tu kan -,-' Aina ni memang tak reti nak sorokkan perasaan.Mesti nampak aje.Haih,susahnya la nak pokerface macam Gumi-chi tu ;__;

Lepas habis solat asar,naik kelas,Gumi-chi ajak pergi tandas....lagi -,- Biasa la,cermin,apa lagi kan? :P Masa Gumi-chi ajak tu,teringat scene yang masa rehat tu dan pada masa yang sama gak,hati tu macam ada firasat yang mengatakan dia pun ada nanti tapi....tu la,kata hati je bukan betul pun :P Okay,pergi la tandas,nampak Mira dengan Anis pun sama,tengok cermin.....Masa tengah tunggu dorang membetulkan tudung tu,Aina jenguk dekat luar,pandang dekat belah kiri sebab....ye la belah kanan tu dinding jadi memang belah kiri pun :P JASHJK,Lagi sekali,jantung nak gugur kat tanah lagi,lol ayat tu tak boleh lagi hebat ke? :P Ceh wah.Okay sambung,rupanya 'Myungsoo' tu ada jugak!! Alahai,dia ni...asal rajin sangat nak naik sampai tingkat 3 hari tu.. -,-' Dah la terpandag dia lepas tu dia pun terpandang Aina jugak!! The Fish??!! Alahai,asal la muka kau nak kena sama macam Myungsoo Infinite tu!! >.< Dah la masa tu first time dengar suara dia!! Alahai,kenapa nak dekat sama macam suara Myungsoo!! Tapi...masa tu dengar bukan jelas sangat pun -,- So,tak pasti lagi :P Dan lagi sekali,Anis,Mira,Gumi-chi bahankan Aina dengan dia -,-' Kata "Kalau dah jodoh,tak kemananya~","3 kali jumpa,jodoh la tu!" lol,mana korang tahu jodoh tu semua? Jodoh tu dah ditentukan oleh Allah dan kita tak tahu pun,okey??!! Lagipun,umur macam ni,tak payah nak cerita pasal jodoh sangat....Alahai,Aina,macal la tak pernah -,-' Nampak tak,menggatal namanya tu....Belajar tak habis lagi ya,Aina~ Habis belajar,baru fikir :P

Sejak dah tahu kisah Gumi-chi ni,memang tak akan couple la walaupun crush sendiri yang mintak....Eh? Ye ke~? lol,mungkin kut sebab...takut dipermainkan -,- Setakat pandang-pandang macam tu pun kira okey la :P Lagi pun,dengan umur macam ni lagi elok concentrate belajar dulu,betul tak? Ayat macam.....nak sedapkan hati je tapi memang betul pun :P Belajar biar habis,baru fikir benda ni semua....Ayat tu,entah siapa tah yang cakap -,- Dengar dekat mana pun tak ingat :P 

Sunday 24 June 2012

Namja~


Assalamualaikum.

Petang tadi atuk dengan mak usu datang rumah.Ala,saja-saja...biasa la hari Ahad family gathering :P Mama ada order oreo cheesecake dekat kawan dia.Cake tu cake birthday adik tapi baru hari ni dapatnya :P Walaupun lambat 3 hari tapi kan cake tu kira sambut birthday 3 orang la sebab Aina,Mama dengan adik lahir bulan June :P Jurangnya setakat seminggu je -,- Ni kalau beli cake untuk sorang satu ni memang......kopak la :P

Haih....Aina tak faham la kenapa...Mak Usu ni duk la asyik tanya Aina ni ada boyfriend ke tak -,-' Alahai,setakat crush tu ada la tapi kalau nak boyfriend tu.....tunggu la lepas eden habis belajar nanti -,-' Adeh.....setiap kali jumpa,itu la Mak Usu asyik soal....Apakah nak sangat ke Aina ni ada boyfriend? Lol,tak nak la....Buat masa sekarang ni,biar la Aina tumpukan perhatian pada pelajaran yang sudak makin merosot ni -,-' Haih,kalau ada boyfriend,gamaknya la bil phone menaik lepas tu merosot pulak result nanti -,-'

Jadi,secara kesimpulannya,setiap kali Mak Usu tanya,Aina akan tunjukkan gambar Myungsoo~ Hahahaha,dengan selambanya cakap yang Myungsoo tu la boyfriend Aina~ lol,lantak la selagi Mak Usu tak soal lagi tapi memang betul kan :P lol,setakat dalam mimpi,boleh la -,-

Bila cakap pasal ni,teringat dekat Wani pulak .__. Wani ni walaupun ada boyfriend tapi pelajaran dia seimbang.Dapat 6A 2B je masa mid-year .__. Haih....kalau la Aina reti nak seimbang dan pandai macam dia kan bagus -,- Eh,boleh je! Tapi tu la.....kena rajin je la berkepit dengan buku 24 jam :P Oh ya,Wani tu tak nerd ye~ :P Dia cantik je,mata bulat lagi~ pipi dia gebu lagi putih dan tembam~ Hahahaha,geram pulak tengok pipi budak tu -,-'

lol,apa-apa je la eden ni -,-' Okay la,nak pi buat homework :P Chao~

Saturday 23 June 2012

Waiting....

Alahai,comelnya la Ilhoon ni~ *O*

Assalamualaikum.

Alang-alang tengah tunggu papa balik dari servis kereta,Aina hapdate blog ni dulu :P Lepas papa balik,terus keluar nak pergi sambut birthday adik yang tak reti-reti nak matang -,-' Macam tak percaya pulak yang adik eden ni 12 tahun..Tahun ni UPSR rupanya budak tu....Tahun depan pulak masuk sekolah menengah,form 1...Haih,memang tak boleh percaya yang dia dah 12 tahun -,- Bukan apa sebabnya perangai dia tak ubah macam budak darjah 3  -____- Biasa la kalau dah nama pun anak bongsu...Memang manja habis-habisan la kan :P

Oh ya,dah tengok dah result dekat SAPS tadi -,- Err....okay la kut .__. Dapat no.8 dalam kelas.Dalam tingkatan no.35 so......okay la kut .__. Walaupun C tu ada 2...Yang C tu KHB dengan Sej.....Eh,Aina dah cakap ke belum?? ._. Ah,biar la -,-

Masa hari Rabu tu,dekat sekolah ada buat latihan untuk Sukan sekolah tu.Macam pemilihan la.Datang tu memang datang tapi.......satu benda pun tak masuk -,- Nak masuk apa kebendanya kalau cikgu suruh try pun tak nak...lol,eden malas la -,- Dah la buat masa tengahari....tak la tengahari mana,lepas zuhur jugak :P Tapi disebabkan oleh matahari yang terik lagi panas tu,memang tak adanya la nak bergerak.Tapi gerak ke tak gerak tetap panas jugak sebab.....kena duduk dekat tengah padang bagi siapa yang tak join apa-apa aktiviti pun -,- Hmm,sama jugak :P Yang puteri lilin tu pulak,si Mira ni asyik la dok merungut panas,panas.Haih,cuba la dia diam je memang tak panas la -,- Tapi kan,setiap kali Hani nyanyikan,mesti lepas tu mendung! XD lol,dah la dok kitaorang suruh dia nyanyi je! XD Tapi tu kebetulan je masa dia nyanyi tu terus mendung :P Masa balik tu,Mira cakap "Lepas ni kalau ada latihan sukan ni lagi,aku tak nak pergi! Dah serik kena duduk tengah panas!" Alahai,puteri lilin betul la budak ni -,-' Entah betul ke tak dia tak pergi nanti tu :P

Ah,okey la,papa dah balik :P Out dulu,Chao!

Sunday 17 June 2012

Feeling~

lol,Panda-chan is shoo cute~ *O*

Assalamualaikum.

Hah! Akhirnya,habis jugak baca 'Suami Aku Ustaz' tu~!! Mengambil masa dua minggu untuk habis baca...Hahaha,busy dengan sekolah mana la sempat nak baca dalam masa 3 hari :P Selalu nya novel 600 m/s memang baca habis 3 hari tapi kali ni memang lama -,-

Sekarang ni pulak tengah tunggu novel 'Cik Diari Hati' dengan 'Curi-Curi Suka' tu pulak datang :P Hahaha,hadiah birthday dari Mak Usu,Aina mintak novel :P Hehehehe,duit tengah tak ada lepas tu pulak nak sangat beli novel tu so.....suruh la Mak Usu belikan sebagai hadiah tapi masalahnya......sampai sekarang tak beli lagi -,-' Hmm,mungkin busy dengan kerja dia,hal peribadi dia ke so,tu yang tak sempat menyempat kut .__. Lagipun Aina bukannya nak cepat-cepat pun novel tu sebab tak rasa ada masa nak baca nanti -,-

Oh ya,sekarang ni,bila buat poster fanfic ni rasa macam....lepas kan perasaan pulak .__. Okay,mungkin ini pelik......buat Aina la kut :P tapi kan masa hari Sabtu tu,semalam la dalam hati macam tengah membuak-buak perasaan geram,tak puas hati senang kata rasa macam nak menjerit je! Entah kenapa hati ni tiba-tiba pergi bukak photoshop,buat poster fanfic .__. Yang peliknya,lepas buat tu terus rasa tenang .__. Sebelum ni nak tenangkan diri tu,pergi dengar lagu Big Bang-Blue tapi sekarang ni lain pulak caranya .__. Haih,Manusia berubah :P Tapi kalau waktu sekolah tu,nak tenangkan diri memang dengar atau nyanyi lagu Big Bang-Blue tu.Ah,nyanyi tu setakat dalam hati la :P Tak ada maknanya nyanyi keluarkan suara -,- Nanti tak pasal-pasal hujan pulak :P Agaknya bagi korang mungkin perkara biasa buat poster fanfic ni semua untuk lepas kan perasaan tapi bagi Aina lain sebab.......Eh,tak,bagi Aina pun itu perkara biasa .__. Entah apa motif tah eden pergi cerita pasal benda ni -,-' Ah,mungkin masa hari Sabtu tu terlalu layan perasaan kut .__. Sebab tu la.......err,faham faham la ya ~.~ Eden malas nak explain :P

 Heh,okay la nak tengok WGM lepas tu buat homework,Chao~



Saturday 16 June 2012

La Di Da Di Da~


Assalamualaikum.

Heh,tajuk entry ni tak ada kaitan dengan lagu Cross Gene tu ya~ :P Hahaha......mungkin kut  -,- Sesungguhnya eden ni tak tahu nak cakap apa sekarang ni -____- Tadi ada idea nak taip tapi lepas internet buat hal tadi,terus lupa...

Oh ya,dah dapat dah result Mid-year tu.Hah,tak payah cakap la,memang teruk result nya tapi alhamdullilah jugak la sebab tak ada yang gagal.Dapat 2A 4B 2C -,- Yang A tu BM dengan PI,yang C pulak SEJ dengan KHB dan yang B tu,selebihnya la :P Kali ni BI dapat B sebab BM dapat A...Kalau BI tu A,BM pulak yang B dan kalau BM tu A,BI pulak B -____- Haih,memang dari sekolah rendah lagi macam tu....tak pandai nak seimbang kan BM dengan BI :P Ni pun BM dapat A sebab sejak dua menjak ni banyak sangat baca novel melayu -,- Yang BI dah jarang...jarang tersangat la jarang kecuali kalau baca manga dengan fanfic tu,baru BI :P Tu pun baca kalau ada mood -,-

Ah,masa hari Jumaat balik sekolah semalam,Mira ada cakap yang Aina ni......menakutkan -,- lol,sebab apa? Sebabnya........ada la crush Aina yang sorang ni rupa macam iras-iras Myungsoo tu,dia balik jalan kaki lepas tu pulak dia guna jalan yang sama Aina nak balik rumah.Tapi selalunya dia akan guna jalan lain tapi entah kenapa tah dia nak guna jalan yang sama dengan Aina masa hari tu.Okay,straight to the point,budak tu dah nun jauh dah lepas masjid dah pun tapi yang eden ni baru dekat deretan kedai.Kira jauh la jugak jaraknya sampai nak nampak dia pun memang kecik je la :P Lepas tu terlepas la cakap kata "Ala,asal laju sangat dia jalan...Jauhnya la!" Yang Mira ni terus laju je la jawab "Ish,kau boleh nampak ke?? Gila la! Sampai macam tu sekali kau stalk dia?!" Heh,Mira Mira -,-' Kau pun tahu mata aku ni tajam bak helang nak cari tikus pada waktu malam :P lol,apa yang eden merapu ni -,-' Okay,lepas tu Aina jawab la "Aku ada letak detector dekat dia sebab tu la boleh tahu kedudukannya dekat mana :P" Hah! Nampak sangat tipunya -,- Sebenarnya tak letak pun :P Nak pandang dia pun takut-takut ni nak letak detector dekat dia memang ahdkndjf.... Berdasarkan situasi ni,nampak sangat stalker dia -,-' Eeeiii,seram woi -,-' Kalau Aina la jadi 'Myungsoo' tu,mungkin dah lari je dari stalker tu....Eh,kejap,bukan ke dia pun pernah buat macam tu jugak .__. Entah la mungkin perasaan je kut ._. Atau pun memang betul -,-'

Haih...setelah berusaha menyimpan rahsia tentang identiti crush tu daripada diketahui oleh orang lain lagi akhirnya terbongkar juga -,-' Ni semua Mira punya mulut la! Tengok,lagi sorang dah tahu...Hantu betul Mira ni -,-' Dah la sebut nama betul dia pulak tu! Haih....apa nak buat,dah terjadi.... Sekarang ni tinggal tunggu si 'Myungsoo' tu reject eden mentah-mentah je sebab.......tak mungkin dia nak balas balik perasaan ini.Wah,ayat~ Tapi mungkin betul kut .__. Mana la tahu dalam hati 'Myungsoo' tu dah ada orang lain ke....Hahaha,eden tak tahu ya~ Agak je sebab......dia macam nak mengelak je dari bertembung antara satu sama lain .__. Entah la,mungkin perasaan je kut atau pun memang betul :P Hahaha,ulang ayat yang sama macam tadi~

Hahaha,tak pernah-pernah nak cerita pasal crush dekat blog,tiba-tiba je cerita -,-' Hoh,biar la :P Aina ni pun manusia jugak :P Ada perasaan :P Hahaha,eden dah ngantuk -,- Chao~


Sunday 10 June 2012

HAHAHA,Esok Sekolah -_____-

LOL,Grandpa Gyu! XD Such a meanie old man :P 


Assalamualaikum.

Haih,esok sekolah...Homework ni tak siap lagi sebenarnya :P Tak sentuh pun,satu jari pun tak sentuh.Nampak sangat memang cuti betul :P Dah nama pun cuti sekolah,apa sahaja yang berkaitan dengan sekolah tu dicutikan la maknanya kan? :P Hahaha,malam ni pukul 9 nanti eden buat :P Sekarang ni masih sempat lagi nak sapzzing,fangirling sebelum tepat-tepat pukul 9 malam nanti :P Ah,tu pun kalau perasan masa tu pukul 9,kalau tak....memang tak buat la homework nya :P Eh,tak akan buat esok dengan menggunakan kaedah 'copy paste' :P

Aaaaaah,Infinite 6th win dekat Inki~!!! ^O^ Uwaaaah!!! Chukahae again~!! Please stay humble,grateful and being yourself,Inpinitue oppars~! You know that Inspirits always love you and Inspirits know that Inpinitue oppars love Inspirits too~ So,chukahae again~!! Hahaha,sudden english :P Selagi dorang menang selagi tu akan bagi ucapan ~.~ Walaupun dengan menggunakan ayat yang sama :P

Okay la,nak sambung spazz :P Nanti pukul 9,time out!! Chao~

Gyaaah~ WGM ada balik~ Tapi.....malangnya sekolah dah start -_____-

Saturday 9 June 2012

So...Today is Saturday,next is Sunday and then..

Cutie~ *O*

Assalamualaikum.

lol,panjang lebar tajuk entry -,- Okay,tak tahu nak letak tajuk apa :P Korang sambung la ayat tajuk tu :P Hahaha,senang je...budak 5 tahun pun boleh jawab :P

Tadi pergi tengok Madagascar 3.Tak tahu la kenapa tapi kan,Zebra tu macam Dongwoo la ._. Mungkin dorang tu random kut jadi tu yang nampak sama je ._. Hahaha,entah la :P Ah,lepas tu yang Zirafah tu....memang macam 'Zirafah' :P lol,Kwangsoo la.. -,- Memang padan la Zirafah tu dengan Kwangsoo dari segi personalitinya pun lebih kurang sama cuma yang lainnya....Zirafah tu bukan la pengkhianat :P Hahaha,Kwangsoo kan suka je berpaling tadah...eh,kejap...betul ke penggunaan 'berpaling tadah' tu ._. Hahaha,BM memang eden lemah :P

Oh ya,tadi dekat Aeon Bukit Raja tu ada jumpa satu kedai....kejap,bukan kedai tapi macam err...ala,yang macam stall la tapi stall tu tempat makan la tapi yang ni bukan tempat makan,faham tak? Ahahaha,tak rasa korang faham tapi...ah,senang kata macam booth! Hah,booth! Tapi dekat tengah-tengah dalam shopping complex tu.Haih,kan senang explain macam tu -,-' Apa-apa pun,dekat situ ada jual barang Kpop macam badge,phone strap benda semua tu la tapi bukan official la kut ._. Entah la tapi yang pasti eden beli la jugak~ Beli benda yang ber-Infinite :P Hahaha,memang lama jugak la dekat situ lepas tu ada seorang budak perempuan cina ni pun lama jugak dekat situ :P Mak dia dengan Mama pun ada dekat situ lepas tu diorang borak la macam Aina ni dengan anak dia tu lebih kurang sama spesies la,Kpopper lepas tu ada la bla bla bla tapi yang pasti pasal Aina dengan anak dia la :P Mak dia dengan Mama borak macam dah lama je kenal -,-'




 
They grown so fast T^T Aaaah,they look so naive and innocent when debut and now they look manly and mature ;__;
Ah,hari ni 2nd Anniversary Infinite kan? Waaaah!! Chukahae!! Aaaah,tak sangka dah 2 tahun ;__; Walaupun support dorang masa bulan Oktober 2010 tapi tetap tak menghalang diri ini untuk menjadi Inspirit yang sejati!! Wah,wah,wah ayat nya...macam dah lepas perang je :P Hahaha,apa-apa pun,ME WILL SUPPORT INFINITE TILL THE END~ INFINITExINSPIRIT FOREVER~ lol....Ah,Woohyun punya fancafe post tu kan...sedihnya T^T Terharu tahu tak ;__; Time baca tu dah la dengar lagu Huh Gak-The Person I Used To Love T^T Dah la lagu tu sedih gila ;__; Hahaha,memang dah emotional pagi-pagi lagi :P

Okay la,nak tengok Rangking King :P Chao~

Friday 8 June 2012

Happy Birthday JR~ err...and me :P


Assalamualaikum!

Err...urm..Hahaha,kejap...Blank tiba-tiba la pulak -,-' Haih,nampak sangat dah tua dah budak ni -___- Mentang-mentang la hari ni dah genap 14 tahun,dah tua la bak kata si Gumi-chi tu -,-' Okay,err...ni nak wish dekat JR dulu ke dekat diri sendiri dulu :P Hahaha,JR dulu la :P

Jonghyun oppa~!!! Chuka Hamnida!! Waaah!! Birthday kita sama la!! Sama-sama tua hari ni!! Jonghyun oppa,keep that smiling face always and hopefully will be success in the future!! ^^

Ah,eden ada buat graphic untuk JR.Lol,tapi tak la cantik mana pun -,-


Kan,tak cantik mana pun -,- Ah,sekarang wish untuk diri sendiri pulak! Lol,nak jugak :P

Err,wei,Aina,kau dah tua la!! *clap,clap,clap* Hahaha,tak sangka dah 14 tahun pun perangai tak ubah macam budak 5 tahun -,- Entah bila la kau nak jadi matang agaknya..Harap-harap cepat la matang :P Ah,lepas tu jangan suka berangan sangat -,- Tak elok untuk otak :P Lepas tu,harap-harap kau jadi la anak yang solehah macam mama dengan papa suruh tu.Hahaha,okay la,bai :P

Lol,memelik je la -,- Janggal rasanya bagi wish dekat diri sendiri :P Hahaha,biar la :P Oh ya,orang pertama yang wish birthday dekat Aina,Gumi-chi~ lol,masa tu dah tidur dah :P Semalam tidur pukul 11,tepat-tepat pukul 12 malam dekat Korea tu :P Lepas tu,si Gumi-chi ni hantar mesej masa pukul 12.07 -___- Dalam keadaan mamai-mamai tu jugak eden balas :P Hahaha,entah apa tah yang dibalasnya,malas nak check :P

Pagi tadi pun bangun tak ada apa yang special pun.Cuma setakat wish birthday je :P Lepas tu yang paling tak tahan tu,Adik tu kiranya nak buat surprise la masa nak wish 'Happy Birthday' tu.Masa tu dekat depan TV tengah tengok 'Maid-sama' :P Rutin harian setiap pagi -,- Dia tiba-tiba bangun kononnya pergi dapur lepas tu patah balik depan sambil lompat,tangan dia tu dibuka lepas tu cakap 'Happy Birthday!!' dengan suara 'comel' dia tu :P lol,apa lagi,eden gelak la XD Entah apa kejadah la budak tu buat.Nak buat surprise pun sekurang-kurangnya bawak la Infinite datang rumah ke,baru surprise namanya tu!! Err,nak surprise macam tu memang setakat dalam mimpi je la -___-

Nanti petang tu pun katanya ada plan nak keluar tapi....entah la betul ke tak :P Hahaha,okay la,chao dulu.Ingat nak buat homework -,- Baru sekarang nak ingat homework :P Chao~

Thursday 7 June 2012

Haih...

 
LOL!! XD



Assalamualaikum.

Hmm,lagi lebih kurang 2 jam lagi eden genap la 14 tahun :P Tapi kalau ikut waktu dekat Korea lagi 1 jam sama la maksudnya dengan birthday JR lagi 1 jam je~ Hahaha,satu hari ni menikmati hari terakhir sebelum umur genap 14 tahun~ Hahaha,ayat nya... -,-

Lol,hari ni pergi SCM je.Saja-saja :P Mama kata boring duduk rumah jadi,pergi la SCM :P Dapat la jugak beli kasut sepasang.Kasut tu hadiah birthday kut :P Hahaha,tak la -,- Beli kasut tu share duit dengan mama sebab duit eden tak cukup :P Tu la tak bawak duit lebih.. -,-'

Tadi tengok Kimi Ni Todoke S2.Hahaha,tengok balik :P Cerita tu tengok banyak kali pun tetap sweet! Alahai,naif nya la Sawako tu! Comel je! Kazehaya....kalau la betul lelaki macam tu ada dekat dunia ni kan best -,- Eh,mungkin ada kut cuma tak pernah nampak :P

Okay la,nak sambung tengok KNT2.Short post je ni :P Chao~

Harap-harap phone tak bunyi masa tengah tidur nanti -,-'

Wednesday 6 June 2012

Hello... Hai...-,-

Alahai,comelnya~ *O*


Assalamualaikum.

Abaikan title post tu.Hahaha,tak tau nak letak tajuk apa -,- Okay,secara kesimpulannya hari ni memang B.O.R.I.N.G -____- Hahaha,perkara yang sama disebut setiap hari -,-' Pagi tadi pun nak tengok anime dekat animecrazy.net tu pun susah -,-' Setiap kali nak tengok mesti nanti screen nya jadi warna hijau lepas tu skip sendiri -____- Macam sengal betul -,- last-last,malas la eden nak tengok :P

Lepas tu pukul 11 pagi tu,pergi gunting rambut.AGDHJF,PENDEK NYA!! Dah pendek macam lelaki dah -,-' Hair stylist nya salah potong -____-' Sebenarnya mintak potong sampai dekat jawline je tiba-tiba sampai betul-betul bawah telinga -___- Telinga tu pun boleh nampak -,-' Ah,lantak la :P Dekat rumah je kot -,-

Err...lagi apa ya...Ah! Tadi kawan Mama ada buat kek~ Kek Red Velvet dengan Kek Japanese Cotton apa tah -,- Panjang sangat nama :P Dia ada la bagi sepotong setiap satu jenis kek tu.Hamik kau,sekali hadap je -,- Nasib baik mama sempat save untuk abang kalau tak.....tak merasa la budak tu :P Eh,abang tu bukan budak lagi la -,-'

Ah,lagi hari ni hari jadi Hyuna dengan Dongwoon kan?? Waahh!! Chuka Hamnida,Hyuna Unnie Dongwoon Oppa~! Hope you both will be always success!! Nanti lagi 30 minit,hari jadi Jiyeon lepas tu lagi 24 jam hari jadi JR~ *O* lol,serupa dengan eden~

Hahaha,okay la :P Mata dah ngantuk -,- Chao~

Tuesday 5 June 2012

Another...

Lol,comelnya~ *O* Tapi kalau dekat Anime kecut perut tengok .__.

Assalamualaikum.

Aaaaahhh!! Wei,akhirnya siap jugak folio sejarah!! Dari minggu lepas buat tak siap-siap :P Hahaha,okay hari ni tak ada benda special atau best pun yang terjadi -,- Yang tau,lepas siap folio,terus tengok anime :P Tengok anime 'Another'... Anime tu....creepy gila .__. Seram tau tak .__. Setiap episode pengakhirannya berakhir dengan kematian yang tragik sesangat .__. Cerita tu interesting la,menarik.Tak ada la nak asyik sweet,cute,romance je :P Sekali sekala tukar genre :P Entah apa tah yang menarik perhatian nak tengok anime tu .__. Tapi yang tahu memang best~.....dan menyeramkan .__. Rasanya nak tengok 'Kimi Ni Todoke 2' balik la .__. Sebab cerita tu seram sangat .__. Asyik teringat je cara dorang mati dan anak patung yang seram tu .__. AAAAAHHH!! TAK NAK INGAT!! Tutup la topik ni -____-

Oh ya,hari ni pun Infinite menang lagi kan?? WAAHH!! CHUKAHAE INFINITE!! Ni yang ke-4 kan? Waahh!! *clap,clap,clap* Chukahae again~! 

Pendek gila hari ni punya entry -,-' Hmm...biar la asal update blog nya :P Chao~

AJGHJD! ANOTHER NAK ADA LIVE ACTION!! O__O Lol,tak rasa nak tengok -,- Anime pun dah seram :P

Monday 4 June 2012

Shocking .__.



Assalamualaikum.

Hari ni si Mira dengan Anis datang rumah.Dorang saja je la nak datang tu...boring la kata kan :P Ah,pasal tajuk tu,saja je letak :P Tak ada benda yang mengejutkan pun -,- Kecuali...masa dorang dah sampai rumah tu terus si Mira ni cakap,"Kau tau ke pasal Gumi-chi dengan 'Joker' tu dah baik balik?" Dalam hati tu dah rasa pelik semacam je ni sebab biasa nya Gumi-chi akan bagitau dulu dekat Aina tapi ni satu mesej pun tak dapat.Time tu jugak la eden buat muka blur,serius,tak tau .__. Apa kebendanya dorang cakap ni?? Gumi-chi dengan Joker tu dah couple balik ke?? Ah,Joker tu nama nickname bagi seorang lelaki ni :P Hahaha,suka hati je bagi nickname dekat orang -,-

Okay,continue :P Lepas dah masuk bilik tu terus mesej Gumi-chi,apa ke betul nya dorang cakap tu? Lepas tu dia balas kata 'Ya' Aina apa lagi,suruh la dia cerita dari A sampai Z tapi.....masalahnya kredit budak tu pulak tinggal sikit -____- Haih,nampak gayanya kena tunggu bukak sekolah nanti....Aaaaah!! Cepat la bukak sekolah!!! Tau je datang sekolah terus serbu dia suruh cerita BETUL-BETUL!! Satu titik pun tak boleh tinggal!!! Dah la orang lain yang bagi tahu dulu -,-' Dengan kawan baik sendiri pun tak cakap apa-apa -____- Bila dorang kata Gumi-chi dengan Joker baik minggu lepas....Aik,minggu lepas mesej dengan dia tak kata apa-apa pun .__. Asal tak nak bagitau je .__. Ah,lantak la,dah lepas -,- Malas nak fikir :P Yang tau,bukak sekolah terus serbu budak tu!! :D

Cara Aina cakap ni macam suka pulak dekat si Joker tu .__. Padahal satu titik pun tak .__. Mungkin risau kot sebab ye la,Joker tu dah pernah sakit kan hati Gumi-chi tu banyak kali lepas tu yang mintak clash,dia dulu lepas tu dah 3 bulan lebih,minta couple balik .__. Aik,Joker ni...dekat FB tu pun dah terang lagi bersuluh kau mainkan si Gumi-chi tu .__. Lepas tu mintak couple balik .__. dengan alasan kau masih suka dekat Gumi-chi tu .__. Habis tu,perempuan yang kau couple lepas clash dengan Gumi-chi tu,apa benda .__. Gumi-chi tu walaupun dia bukan jenis yang luahkan perasaan secara terbuka tapi sebenarnya hati dia tu dah banyak kali kena tikam dengan kau.Lagi terseksa Gumi-chi tu bila dia tak nak orang tahu perasaan dia.Bila orang paksa baru dia cakap sebab mungkin dah tak tahan sangat kot.Dan bila dia cakap tu,air mata dia keluar.Dah la kau tu orang first dia suka -,- First love Gumi-chi la senang kata :P Haih...aku cuma harap yang kau tu tak lukakan hati Gumi-chi lagi.Cukup la wei dia diseksa oleh kau -,-' Aku tengok pun terseksa tapi lagi terseksa si Gumi-chi tu -____-

Hamik kau,kasi pesanan sekali dekat Joker tu :P Tapi...tak rasa dia baca :P lol,saja nak luahkan perasaan.Harap hubungan korang yang kedua ni tak la seteruk yang pertama.Lol,ayat~ :P Hahaha,Umi ni pun....Haih,rasa macam jadi mak la pulak :P Mak yang risaukan anak :P Lol,tak la,lebih pada kawan baik yang risau akan kawan baiknya sendiri :P Hish,gila tak risau  -___-

Hahaha,okay la,rasa dah panjang ni :P Chao~

Tu la sebabnya eden malas nak terjebak dengan dunia couple ni...Banyak masalah   -,-'

Sunday 3 June 2012

Just...bored -__- and Something Serious .__.


Assalamualaikum.

Wei...boring wei boring!! Tengok,awal-awal lagi intro dah brutal semacam :P Ah,hari ni setakat pergi Jusco Bukit Raja tu je..Eh,bukan Jusco dah tukar Aeon :P Saja nak cuci mata dengan barang-barang yang ada dekat sana.Lagipun sekarang ni barang tengah banyak offer :P Abang beli baju tapi Aina tak beli apa-apa    -,- Sebenarnya nak sangat beli novel tu tapi...nak buat macam mana -___- Duit poket tak ada sebab cuti sekolah jadi.....ARGH!! MENYESAL BELI BEG TU!! Kalau tak,dah boleh dah beli 2-3 buah novel -_____- Tapi nak buat macam mana...dah terlambat -,- Dah lepas dah pun jadi... -____-

Oh ya,INFINITE MENANG LAGI!!! AAAAAHHH!! 3 KALI BERTURUT-TURUT!! AGAIN,INFINITE OPPARS CHUKAHAE!! CONGRATULATION~!! Proud Inspirit T^T Lol,tetap kelakar yang pasal leader Gyu lupa password Twitter! XD lol,comel je~ ^^

Ah,eden ingat nak delete 'On Rainy Days' tu la .__. Serius ceritanya tu dah merapu mengarut sampai tenggelam dalam laut :P lol,merapu tak tentu pasal lagi :P Eh,tapi yang part delete tu serius .__. Mungkin kalau ada mood ke nanti buat la cerita baru~ lol,memang tengah buat pun -___- Sekarang ni tengah progress buat satu cerita ni berdasarkan imaginasi dan mimpi :P lol,mimpi tu pun mungkin ada sikit.Ah! Mungkin ada jugak kot kejadian yang terjadi di dunia sebenar tapi kebanyakannya imaginasi :P  Ni pun baru siap prolog je.Chapter 1 dalam prosesan tapi tak akan publish dulu la sebab....wataknya pun tak tentu lagi .__. Ni main belasah je buat ikut sedap hati :P Ah,lepas tu cerita yang baru ni dalam BM~ Wei,tak larat la nak buat BI -,-' Dulu bukan main batak buat BI tapi sekarang bila dah terjebak dengan dunia novel ni,BM je la  -,- Tu pun BM sekarang masih tunggang-langgang lagi -,- Entah BM untuk exam tu dapat berapa tah.Jangan C sudah la :P Oh ya,mana la tau kan tiba-tiba ada jiwa nak buat fanfic ORD tapi jalan ceritanya lain ke..? Mana la tau kan :P Perasaan manusia...-,- Ah,dan blog fanfic akan DI-PRIVATEKAN~!! ^^ .........Kejap,macam ada orang kisah je -,-'

Okay la,Chao~ Dah tak tau nak cakap apa -,-


Saturday 2 June 2012

Something~ Nothing~ :P


Assalamualaikum.

Fuhhh...hari ni pergi tengok 'Snow White & Huntsman' tu.Boleh tahan la ceritanya tapi yang tak boleh tahan tu...tengkuk sakit -____-' Macam mana tak sakit sebab duduk dekat depan sekali!! Memang betul-betul depan! Dekat barisan A,yang paling depan tu! lol,korang faham la kan :P Tengok tu memang dah sah kena dongak kan kepala.. -,- Tengok memang tak dapat feel sangat pun :P Geram je la tengok novel-novel yang nak beli sangat tu!! Aaaaah,asal la beli beg!! Kan dah menyesal tak ada duit.. -____- Nampaknya novel tu akan dibeli masa bukak sekolah nanti la :P Bila duit dah ada~ lol,lepas tu beli album Infinitize tu memang duit habis la -___- Nasib tak beli Volume Up,kalau tak memang kosong -,-'

Ah,tadi tengok 'Ranking King' ep2.Lol,tak tahan la! XD Cerita ni macam cerita dating je .__. Part yang Myungsoo lap mulut Sungjong tu memang ahgdhb! Sweet gila~!! Tapi gila awkward .__. lol,bagi Sungjong la sebab Myungsoo tu lelaki,Sungjong pun lelaki,lepas tu yang buat macam tu biasa dengan lelaki perempuan jadi...memang rasa janggal sikit :P lol,eden pernah rasa dan pernah buat benda macam tu dekat kawan sendiri! XD Memang awkward gila .__. Dah la masa tu kitaorang dua orang je .__. Lagi akward .__. lol,yang kelakar nya Myungsoo naif! Dia tak faham! XD Lol,jangan risau,eden pun gitu jugak :P Mula-mula memang tak faham tapi bila dah explain betul-betul baru faham :P Ah,lepas tu part yang Myungsoo lepaskan geram tu! lol,macam serupa jugak dengan diri sendiri ni ha :P Eh,serius .__. Lepas tu Myungsoo mental breakdown! XD lol,kalau eden pun akan mental breakdown macam dia jugak,jerit high-pitched :P Ni...macam banyak je persamaan dengan Myungsoo ni :P Hahaha,orang syok sendiri memang macam tu -,- Tak sedar diri :P

..................

Err....rasanya tak ada apa-apa lagi kot ._.Chao~ :P

Friday 1 June 2012

Letih.. -,-' + Fangirl-ing~


Assalamualaikum..

Haih...letih la jaga budak-budak ni -,-' Sepupu-sepupu Aina tadi ada datang rumah sebab mak dengan ayah dorang pergi kerja hari ni.Sebenarnya plan asal nak pergi rumah atuk sebab....ada hal.Hal apa tu,entah la -,- Mak tak bagi tau pun :P Bila dah sampai rumah sepupu nak amik dorang pergi rumah atuk,tiba-tiba atuk call kata cancel.Dah cancel tu tak kan nak hantar dorang balik rumah jadi akhirnya dorang datang la rumah Aina.

Entah air apa dorang minum sampai jadi hyperactive gila hari ni -___- Sampai rumah je terus pergi dapur,satu bekas besar Mihun tu,habis dalam masa 5 minit -___- Abang pun nasib baik sempat makan satu pinggan :P Tu la abang makan lambat :P Nasib sempat makan kalau tak memang tak merasa la :P Lepas tu pulak,si Awin dengan Alin ni gaduh je kerja nya -,-' Letih nak dengar sorang sorang ngadu -___- Tapi disebabkan eden ni paling besar dekat situ,jadi layan je la :P Awin tu 7 tahun lepas tu Alin tu 4 tahun,dua-dua tak reti nak mengalah -,-' Haih,sabar je la...Budak-budak nama nya :P

Ah,ada satu masa tu,Aina terlepas cakap dekat adik kata gedik dekat dia.Sebab apa panggil dia gedik sebab...dia memang gedik -,- Ada otak tak reti nak pakai -____- Hahaha,okay,baik berhenti sebelum jadi cerita lain pulak nanti :P Alin terdengar perkataan 'gedik' tu,lepas tu dia pergi masuk bilik mak lepas tu tanya dekat mak Aina,'Kenapa kakak Aina kata abang Cuki gedik?' Ah,sudah -,-' Dah la budak tu cepat belajar.Haih,jangan dia cakap perkataan tu sudah la :P Lain kali cakap tu kena hati-hati kalau depan budak-budak sebab dorang tu kecik lagi...Pengajaran untuk diri sendiri :P Dorang balik baru je tadi.Dalam pukul 9.30 macam tu la.Letih tu memang la letih tapi sekali sekala kan :P Okay la hari ni ada la jugak benda nak buat daripada duduk depan laptop ni 24 jam :P

Chukahae!!


Ah,INFINITE MENANG MUBANK!! UWAAAH!! Baru je tau!! Hahaha,sibuk sangat jaga budak :P Air mata Woohyun tu,tsk,air mata yang datang dari hati~ T^T Danial peluk Myungsoo~ *O* Sungyeol punya mata merah~ T^T Sungjong tahan air mata keluar~ T^T Hoya control macho~ *O* Sunggyu dengan Woohyun peluk~ WooGyu Couple~ *O* Dongwoo pun tahan air mata keluar~ T^T Eden pun nangis sekali~ TT^TT Tsk,Proud of Infinite!! and Proud Inspirit!! Walaupun tak berapa membantu sangat tapi tetap sokong Infinite sampai bila-bila!!

Ah,dah stop fangirl-ing and spazzing -___- Hahaha,nak pergi sambung baca manga.Tadi nak baca tak tenteram sebab asyik kena kacau je... -,-' Chao~